No Idea…..

Assalammualaikum,

there is a time that you don’t have any clue of whatsoever to do your writing, and in this case, blogging.

Cukup lama aku meninggalkan blog aku ni dari menyampai dan menceritakan pengalaman dan ilmu aku dapat. aku rasa tiada idea / akal yang singgah ke benak aku ni. eh! betul ker idea tu akal? jadi, kalau ‘no idea’ maknanya sama dengan tiada akal. itu dah jatuh kategori gila tu. hehehh.

tapi yang mengherankan aku adalah dalam ‘tiada akal’ aku ni, masih lagi boleh menaip blog untuk tajuk kali ini mengenai ketiadaan atau ketandusan idea. ah ha! pelik tu… tapi benar.

ini pendapat aku mengenai idea atau ilham. idea/ilham dicetuskan daripada percikan elektrik di antara sel-sel neuron di dalam otak manusia ketika berfikir. setiap sel-sel neuron ini akan berhubungan antara satu sama lain tetapi tidak bersentuh langsung kerana ada satu ruang kosong dikenali sinaps. jadi, kuasa elektrik yg dialirkan di dalam neuron akan bergerak dari satu neuron ke neuron yang lain. sekiranya, kuasa elektrik ini melalui banyak neuron, maka idea yang terhasil lebih baik atau rumit. maka dari situ terciptalah idea atau ilham.

bagi aku, idea tak datang dengan sendiri. idea datang dari usaha kita berfikir. tapi kenapa kita berfikir tapi masih buntu atau tiada ilham? kena ingat kuasa mutlak Allah untuk menentukan sama ada kita dapat atau tidak sesebuah ilham itu. inilah bezanya sains dalam islam dan sains sekular. sains dari kacamata islam mesti ada kaitan dengan penciptanya yang maha esa.

ada hikmah sekiranya kita berfikir tapi masih tidak  ada idea. aku rasa sebab kalau kita dapat idea bila dah berfikir tu, mungkin idea tu dah dapat dek orang lain atau idea tuu takkan boleh menjadi. jadi, kita perlu berfikir lagi tetapi dengan bantuan lain. yang aku maksudkan bukan bomoh ker toyol ker makhluk halus. maksud aku adalah dengan bantuan buah fikiran orang lain. caranya, kita boleh ajak bersembang dengan orang yang kita rasa dia boleh dan faham akan apa yang kita fikirkan.

selain dari itu, kita perlu menukar kedudukan atau lokasi kita mula berfikir. sekiranya, kita mula fikir di bilik membaca, cuba beredar dari situ ke laman atau di tepi kaki lima. ini kerana di setiap tempat ada gelombang lutsinar yang tidak kelihatan yang dapat menyumbang kepada pemikiran kita. contohnya bunyi-bunyian, pantulan cahaya, warna-warna objek, isi kandungan udara yang dihirup, pergerakan objek-objek, dan lain lain lagi, boleh menyumbang kepada perubahan arah elektrik bergerak di antara neuron.

apa-apa pun ini hanyalah pemikiran logik aku yang ketika ini aku pun tak pasti sejauh mana aku dah berfikir untuk mendapatkan ilham untuk menulis / menaip blog. walau bagaimanapun, kita perlu bersyukur kepada Allah kerana banyak yang kita dapat, tanpa sedar atau tak diminta tapi perlu.

Alhamdulillah….

Advertisements

About mr_ajim

Aku orang biasa. Sudah beristeri dan ada 2 orang anak. Bekerja sesuatu yang aku sendiri tak suka.

Posted on 31 Januari 2012, in Pengalaman and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Aha..ini namanye blog sudah bersawang.. Sama la blog sy.. Bila nk update bila nk ade idea.. Tah.. Limitasi internet pun yer.. Sabor je la kan….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: