Arkib Blog

Lepak kat Mamak

ada 1 malam tuu aku, bini dan anak2 aku lepak rumah mak mentua aku. dinner skali kat umah dia. cam biasa la. dalam kul 9 gitu aku skluarga pun berangkat pulang ke rumah. cam biasa gak la.

sampai kat umah, afiqah dan umar tak menunjukkan simptom2 nak tido pun. dedua tu busy dok main menan masing2 sambil tgk tv citer katun depa la. aku pun layan jer la. bini aku plak sedang mengepam susu badan utk umar sbb susu yang dipam masa keje tak cukup utk esok. so, bini aku pun busy gak laa dgn proses pengepaman susu. aku sorg jer yg buat2 busy di waktu malam cenggini.

dalam 940 gitu, anak2 aku masih lagi bergiat dalam aktiviti menteraburkan menan masing2, bini aku plak dah setel pam. “hmmm… dah pam nii lapo laa lik”, kata bini aku. ayat yg aku slalu dgr setiap kali dia setel proses pengepaman. “kat umah takde mkn (snek) pe pun”, samb bini aku lagi. mmg betul takde mende nak makan. sbb nya aku tak g shopping brg umah utk bulan nii sbb bizi.

aku pun berfikir menggunakan kepala hotak aku ni. fikir camna nak mengenyangkan bini aku yg telah berhempas pulas mengepam susu utk anak aku. fikir punya fikir. aku dpt idea gempak. aku tgk anak2 aku masih lum nak tido. waahhh ini mcm kalu, idea aku leh pakai ni. idea gempak yg aku dpt tu adalh, “ayg, jom pekene roti canai kat mamak”. bini aku terkejut dgn ajakan aku tuu. aku kata ajak lagi sambil mengatakan anak2 lum tido, kira leh bw g mamak jugak. bini aku pun setuju.

aku ckp kat anak aku yg sulung tu (afiqah), “jom afiqah, kita nak g makan roti canai”. dia pun tinggal brg2 menan nya tu. bini aku g bersiap skit nak pkai tudung, afiqah pun siap cari tudung dia. aik anak aku pun nak pakai tudung plak. mimpi per laa anak aku ni nak pakai tudung. kalau tak hmm jgn laa tunjuk tudung tu kat dia. mayb dia nmpk bini aku pakai tudung. dia pun tingin.

kami semua naik keta dan trus grak ke mamak yg berdekatan. sampai jer situ, kitorg lepak kat meja yg open air, maleh nak lepak dlm kedai. baru la dikatakan lepak kat mamak. aku oder roti canai 1 banjir dhal sambal, bini aku pun sama, anak aku roti canai 1 kasi potong takmau banjir. aku detect suhu pada malam itu dan memilih utk minum air panas, teh tarik kurang manis. bini aku oder teh ais. favourite dia tu beb. anak aku tak oder air sbb aku bwk air kosong dlm botol air nya.

sementara tunggu pesanan kami sampai, aku sembang2 dgn bini aku. quality time together. sapa kata dah kawin dan dah ada anak takleh lepak kat mamak memalam. aku cerita2 dgn bini aku, dah lama tak lepak kat mamak memalam gini. citer laa masa bujang aku cane, bini aku bukak citer dia gak. mcm2 kitorg sembangkan mlm tu. oh yee, umar masa tuu masih bermain dgn menan2 nya walaupun kat mamak. kadang2 dia tgk kenderaan2 yg lalu-lintas seblh kdai mamak tu.

mengeteh di kedai mamak

mengeteh di kedai mamak

tup… tupp…. oder dah sampai. kitorg pun sental oder2 tersebut dgn penuh rakus hauhauhahahaha. takde la, mkn elok2 laa beb. ingat kat zaman batu ker? dah abis makan. bayo. bini aku yg bayo. ntah la. aku yg ajak, dia yg nak bayo. sampai umah, anak2 pun dah ngantuk, sume naik tido. tapi aku mem’busy’kan diri dgn tgk tv. cam biasa laa beb. hehehhe

moral of the story; suami kene lepak dgn bini dan anak2 gak walaupun kat mamak, walaupun malam2, ianya penting utk quality time. alaa bukan hari2 pun skali skala jer bro.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.