Arkib Blog
Betul Ke Datang Untuk Beraya? -Part Two
sepertimana bahagian pertama, aku nak bercerita isu yg timbul ketika berhari raya. macam tajuk yg lepas, kita suma tau mengenai tetamu kanak2 yg dtg beraya ke rumah kita walaupun saling tak kenal. kita nii yg dengan semangat raya yg sebenarnya, telah berbesar hati utk mbuka pintu dan mempelawa mereka ini masuk. niat kita cukup baik dan mulia, iaitu melaksana agenda beraya dengan mengeratkan silaturrahim sesama Islam. kita, tanpa prejudis dan syak wasangka, menganggap budak2 nii berniat baik dan berdaya usaha untuk berkunjung ke rumah org yg dia sendri tak kenal untuk bersama2 kita dlm melaksanakan tujuan beraya tadi tu. akan tetapi, pada kebenarannya, tujuan mereka itu mudah melencong.

pada raya lepas, rumah mak aku mmg open laa utk bebudak mana ntah dtg braya. masa tuu adik bradik n ipar suma ada laa kat rumah. ada 1 grup nii dtg braya, yg di layan oleh mak aku. selepas depa ni disuruh duduk di ruang tamu, kuih raya pun dan terhidang kat situ, mak aku pun masuk dapur nak buat air. ada sorg budak nii nak tumpang tandas, kakak ipar aku pun bagi laa dan bagitau tandas kat mana. jalan nak ke tandas tuu ada 1 meja dan atas meja tuu henpon kakak ipar aku ni letak kat situ. henpon tuu takde laa mahal dan dah lama dah guna pun. kakak ipar aku nii lepak kat ruang makan yg mana terlindung dari ruang tamu tetapi ditengah2 laluan nak ke tandas tadi tu.
mak aku pun dah setel jamu budak2 ni dgn air oren. bdk yg g tandas tadi tuu pun tergesa2 nak balik. mak aku heran sbb slalunya budak2 nii tak akan blah slagi kita tak huloq duit raya. tapi mak tetap suh tggu sat utk bagi duit raya. mak aku pun amik dan bagi duit raya kat bdk2 ni.

air oren penghilang dahaga
dah selamat budak2 nii blah jauh2, kakak ipar aku ni pun nak laa cek henpon nya. dia pun g kat meja tuu, tgk2 henpon dia takde. puas mencari 1 rumah tetap tak jumpe. guna henpon abg aku utk call henpon dia tapi masuk voice mail, maknanya henpon tuu off. mmg syak dah budak2 tadi tuu yg amik. camna leh syak depa tuu; #1: henpon tuu baru jer diletakkan kat meja tuu ketika budak2 nii sampai / masuk umah, #2: semasa budak2 tuu berada di rumah tu, ada sorg budak drp grup tuu yg lalu situ utk pegi tandas, #3: budak yg pegi tandas tu tergesa2 nak balik smpai tak tggu duit raya dah. aku rasa 3 tindakan / situasi nii dah cukup bukti utk tau mana pi henpon kakak ipar aku tu.
skali lagi aku terkilan dengan adat dan adab budak2 ni dtg braya rumah org. dah laa niat dtg tuu nak duit raya jer, ni siap ‘makan tepi’ lagi. isk iskk issskk… per laa nak jadik. dah tak tau malu dan segan, dah tak tau betul dan salah. dalam hal ini mak bpak kene main peranan dlm mbentuk sahsiah kanak2, bukan sekolah semata2. mak bapak tak boleh lepas tangan dalam membesar kan anak2. kene ajar adab2, mende baik kita buat, mende jahat kita tentang. ajar mende baik jer pun tak bleh, sbb dia tak tau apa yg dia buat nanti tuu jahat idak. kene ajar mende jahat jugak, bukan utk dibuat tapi utk dijadikan panduan bahwa yg sekian2 nii perbuatan jahat dan perlu ditentang.
byk dah kesah2 camni (tak semestinya yg pasal raya ni) yg aku lihat n dgr, dan ini memberi ilmu aku dlam mendidik anak aku supaya menjadi org yg berguna, bagus, amanah. aku harap kita dpt mencerna kejadian2 buruk org lain supaya kita boleh membangunkan masyarakat yg lebih berkualiti, amanah dan jujur dari taraf pemimpin sehinggalah ke taraf yg penganggur. skang ni terlalu ramai yg materialistik sehinggakan melampaui batasan perikemanusiaan. biar poket tahap ketiga, asalkan budi pekerti bertaraf 6bintang.






Betul Ke Datang Untuk Beraya? -Part One
raya aidilfitri tahun 2009 dah pun berlalu. ada yg balik kampung, ada yg tak balik mana2 sbb ada tugas murni yg perlu dilaksanakan, ada yg braya sakan, ada yg braya ala kadar jer, ada yg maleh nak raya. apa2 pun 1 syawal itu adalah hari raya, hari raya yg dikhaskan kpd org telah 1 bulan puasa spnjg bulan ramadan. sapa yg tak cukup pose sbln, kecuali org pompuan yg dtg bulan n bsalin atau uzur, tak bleh raya. tak layak utk braya. haaaa cukup tak cukup pose kita nii, hanya kita dan Allah jer yg tau.

Jenis-jenis not dalam ringgit malaysia
kali ni aku nak cerita tentang kisah beraya di sekitar rumah jiran2 kita. spjg 30 tahun aku idup ni, tak penah laa lagi aku pegi braya rumah org yg aku tak kenal. aku braya hanyalah rumah2 sedara mara, sepupu sepapat, kwan2 aku, kwn2 mak bapak aku. umah jiran pun kadang2 la. takde laa nak gi braya umah org yg aku tak kenal. tapi cukuplah berbeza dgn budak2 zaman skang ni.

Pelbagai rupabentuk sampul duit raya di pasaran
kau pegi laa mana2 tempat kejiranan pun mesti ada budak2 tahap skolah rendah nii tanpa segan silu g braya dari umah ke umah yg tak dikenali utk braya. persoalannya, betul ker niat tu nak braya?? atau nak kutip duit raya?? yeerrr mmg sonok dpt duit raya nii. aku masa kecik2 dulu esshhh dah beso nii pun kalau dpt duit raya mmg laa sonok. dpt duit bro, sapa yg tak syok. tapi kalau pasang niat nak gi braya umah jiran2 semata2 nak kaut duit raya, hmmm mmg tak laa. gi braya ke rumah org2 yg aku kenal pun sbb nak braya, dlm kata lain nak btanya kabar, jenguk menjenguk, bermaaf2an (jika ada). duit raya tuu kira bonus laa. kalau dpt, alhamdulillah. kalau tak dpt, redha jer. tak nyesal per pun.
dah dtg umah kita semata nak duit raya, bile kuar umah kita tuu, tak lepas pintu pagar tuu dah buka sampul duit, buang merata2, siap mengeluarkan komen2 yg kurang ajar spt “hek eleh rm1 jer. apa barang rm1 nii”. isk isk iskkk. anak sapa laa ni. aku penah dapat 20sen jer, yela raya kat kampung jer, mana org kg bg byk2. tapi aku tak kesah. terima jer. aku masa kecik dulu dpt duit raya, simpan poket, lik umah baru bukak dan kira. hepi sesangat dpt sampul raya tuu walaupun tak tau dlm tu baper hingget ada, ntah ada ker duit ker idak.hehhehe. takde plak pengalaman lik umah bukak sampul takde duit raya. alhamdulillah, suma ada duit. terima kasih pada mereka yg penah bagi aku duit raya.

Isi kandungan di dalam sampul duit raya ini
aku heran laa budak2 skang ni. awat… mak ayah tak ajaq ka adab braya?? mana pi mak bapak nii?? yg kakak ker abg ker, tak ajo adik2 tuu idea sebenar braya? ni dah macam peminta sedekah jer. ker depa nii ada pakatan?? ye laa mak bapak suh pi kutip duit raya bagi byk housewhole income, kan? mana tau. kalau ada laa kes camni, isk iskkk iskkk truk penyakit yg ada pada masyarakat skang ni. lagi bahaya dari selsema babi, JE, selseme burung, dan yg sewaktu dgn nya.
kepada ibu bapa, adik bradik dan mereka yg ada sedara mara yg buat keje gi braya umah yg tak dikenali dan hanya mengharapkan duit raya tuu, nasihat2 kan lah mereka. jgn lah buat begitu, kerana aktiviti sebegitu tak ubah macam peminta sedekah. berbeza hanya pada baju raya, tu je.
kpd tuan2 rumah yg prihatin, jgn lah memberi peluang utk mereka yg lakukan aktiviti ni. camna nak buat, terpulang kpd diri sendri. tapi dgn cara berlembut la yek. kalau betul2 nak sedekah bg duit raya, pegi laa umah anak2 yatim, rumah org2 tua, org yg betul2 susah.