Arkib Blog

Kita Patut Lebih Membeli-belah

di kala ekonomi dunia merundum jatuh, ramai antara kita bertekad untuk menghadkan perbelanjaan harian kita. tanpa mengira siapa kita; ahli perniagaan, eksekutif, buruh, kerani, jururawat, cikgu, juruteknikal, pengukur jalan mahupun pelajar sekolah, semuanya mahu berjimat. perbelanjaan isi rumah dikurangkan, penggunaan air dan elektrik dikurangkan, aktiviti luar rumah spt rekreasi, melancong dibatalkan. apa saja yang boleh dikurangkan, akan dikorbankan demi untuk menyimpan ketika berlakunya krisis ekonomi. kita bukan di waktu biasa / normal. kita sudah pun berada di dalam krisis, perlukah kita berjimat dan hidup dalam had? bukankah langkah-langkah penjimatan dan penghadan ini patut dilakukan ketika kita senang?

sudahkah nampak akan tingkah laku kita yang salah sekarang?

semua orang tahu yang berjimat itu adalah amalan mulia. tetapi perlulah kena pada masanya. tindakan jimat cermat ini seharusnya dilakukan ketika kita dalam masa senang atau diluar waktu krisis.

adakah kita lakukan langkah2 penjimatan itu masa lalu?

gambarkan ini. seorang petani menanam dan menjual tebu sebagai sumber pendapatannya. pada waktu dan keadaan yang baik, tanamannya menjadi dan dia boleh dan mampu untuk menjual hasil tanaman itu yang mendatangkan keuntungan 3 kali ganda daripada biasa. tetapi petani ini berfikiran jauh, dia tidak berbuat begitu. sebaliknya, dia menyimpan dengan baik sebahagian stoknya itu. ini dikenali sebagai langkah-langkah penjimatan. dengan kuasa Allah, ditakdirkan bulan seterusnya hujan berpanjangan yang hampir membanjiri ladang tebunya. dia tidak dapat ke ladang untuk meraih hasil tanaman kerana cuaca dan banyak hasil yg rosak. bagaimana dia hendak menempuhi krisis ini? dia tidak mengambil langkah2 penjimatan kerana dia bukan dalam keadaan yang senang. jadi, stok yang dia jimatkan ketika senang waktu dahulu itulah membantunya untuk meneruskan sumber pendapatannya itu.

sudah nampak cara untuk berjimat dan masanya?

idea yang sama ini boleh kita gunakan. di masa senang kita berjimat, di masa susah kita menggunakan jimat. sama seperti peribahasa “sediakan payung sebelum hujan”. tapi cara kita aplikasikannya mungkin tidak betul.

kita tak perlu berjimat kerana bukan masanya. berjimat boleh menyebabkan situasi lebih buruk. contohnya; kilang kereta terpaksa memberhentikan ramai pekerjanya kerana pembeli tidak mahu membeli kereta kononnya langkah berjimat. walaupun pada hakikatnya pembeli yang rata-rata terdiri daripada makan gaji (gaji mereka tak berkurang pun setiap bulan) berfikiran spt gaji mereka akan dipotong akibat ekonomi tak stabil.

kuasa membeli sebenarnya terletak pada mereka yang makan gaji. para jutawan di dunia ini belum cukup berkuasa untuk membela ekonomi dunia kerana jumlah mereka yang makan gaji jauh lebih besar dari bilangan jutawan yang ada. apa jadi sekiranya org makan gaji ini mengambil langkah untuk tidak berbelanja? makin banyak produk yang tak dijual, makin banyak syarikat yang rugi, makin banyak org makan gaji tadi akan dibuang kerja.

sudah nampak kitaran ekonomi?

kita patut membeli belah seperti biasa. dengan cara ini lah kita dapat menlancarkan ekonomi dan secara tidak langsung menyelamatkan pekerjaan kita. kalau setiap bulan kita beli gula sebanyak 2kg, belilah 2kg juga diwaktu sekarang ini. mana yang sebelum ini ada pasang niat untuk membeli kereta, rumah, belilah. sebabnya gaji kita dah statik, tak akan berkurangan. dahulu rm2000 sebulan, sekarang pun masih lagi rm2000 sebulan. tak perlu risau untuk berbelanja. hanya 1 perkara yang perlu diambil berat, kualiti kerja (performance). kerja rajin dan bagus, nescaya gaji bulanan tu akan berterusan memasukki akaun bank kita untuk bulan-bulan yang mendatang. sewaktu ekonomi sudah kembali ok, janganlah kita lupa untuk berjimat kerana itulah masanya utk berjimat cermat.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.