Arkib Blog
Sesat
Sesat……..
aku makin sesat di dunia ini. aku makin tak tau apakah caranya untuk hidup di dunia ini. aku makin tak pasti bagaimana kehidupan ini bergerak. aku makin tak reti macam mana nak eksploitasikan kepakaran aku. aku makin takut dengan realiti. aku makin gerun dengan situasi. aku makin tak percaya dengan interaksi. maka, makin sesatlah aku ini.
Pelik…….
dahulu aku cerdik. dahulu aku cekal untuk dapatkan apa yang aku mahu. dahulu aku pandai mengolah realiti demi untuk aku. dahulu aku pintar menelaah buku, menggamit ilmu-ilmu. tapi, aku tak seperti dahulu.
Cari……………..
sekarang aku cari jalan yang betul. sekarang aku cari babak-babak kesilapan yang aku lakukan. sekarang aku cari trek yang sepatutnya kehidupan aku berlari deras, bersemangat. sekarang aku cari arah untuk menentukan bagaimana akhirnya hayat aku nanti. tapi, aku masih tak pasti apakah caranya yang terbaik untuk mencari.
apakah yang aku buat itu salah? apakah yang telah aku lakukan dahulu? apakah yang membuat aku sesat walaupun di jalan yang lurus, pada waktu yang terang?