Arkib Blog
Memilih Antara Kualiti dan Harga
PEMILIHAN. dalam kehidupan kita saban hari ini tak sah kalau takde pemilihan utk dibuat. tak kira la pilihan yg nak kene buat tuu utk sesuatu hal yg kecil mahupun besar, tetap isu pemilihan akan timbul. oleh kerana kita ni sbg manusia, setiap kita ada mempunyai cara sendri utk menyelesaikan masalah pemilihan ni. ada yg pikir utk jgkamasa panjang, ada yg fikir dlm jgkamasa yg cukup panjang, ada yg sanggup korbankan hak sendri, ada yg pentingkan diri sendri dan macam2 lagi laa cara. apa2 pun caranya, tak kira apa yg jadi pilihan kita, nescaya ada kesinambungannya. aku percaya pemilihan yg dibuat mestilah berpihak kpd kebaikan di masa depan. tapi kadang2 tu kita tersilap pilih. dan akibatnya lebih byk keburukan dari kebaikan.
kenapa leh jadi gitu? semua nya disebabkan analisis yg kita lakukan seblm memilih tadi nii, ada input2 yg tak benar, proses2 yg tak telus. maka output nya hampeh.
apa apa hal pun, aku tak tau ape yg aku dah taip tadi!!!! hampeh tul!!!! hgahahhahahah ngarut tul. dah terkeluar tajuk ni. kalau jawap BM1 SPM nii dah sah2 gagal ni.
aku nak citer pasal membeli belah. korg pilih kualiti (maknanya harga mahal) atau harga murah (kualiti kureng la)?? kalau aku tgk apa yg aku nak beli. kalau brg yg nak beli tuu perlu tahan lasak, beli laa yg mahal. maknanya pilih lah kualiti tinggi. kalau brg tu nak guna sat atau jarang gune, beli jer yg chap ayam pun takpe.
aku pasti org malaysia ni ramai yg bijak dalam membelanjakan duit masing2. pemilihan kualiti vs harga ni bukanlah 1 aspek yg perlu diambilberat oleh pengguna, byk aspek2 lain lagi kene pandang. cth nya keperluan dan kehendak. dahulukan keperluan, kemudiankan kehendak.