Arkib Blog

Ramai Peniaga Melayu tak Daftar Halal

kita sbg org islam, amatlah mementingkan hal2 halal haram ni. lebih2 lagi dalam bab makan minum. malaysia nii agama rasmi nya adalah agama Islam. tapi rakyat nya ada hak utk menganuti agama lain yg sah (bkn ajaran sesat la). dari sejak parameswara memeluk Islam lagi, org melayu ni dah jadi ikon agama Islam. org bangsa lain, agama lain pun phm keadaan ini. sebut melayu jer mesti Islam, dan sebut Islam jer mesti melayu.

tajuk kali ini aku nak cerita pasal peniaga melayu yakni islam laa, tak daftar perniagaan mereka tuu sbg status halal yg diuruskan jakim. org melayu tak daftar halal bukan sbb mereka ni boikot kjaan ker, tak suka register2 ker, atau mmg tak halal ker pe ke. ini kerana bg peniaga melayu, depa pikir depa org islam, buat apa nak daftar2 halal lagi. depa org islam. nak halal camna lagi. jadi begitu laa pikiran peniaga melayu. pemikiran sebegini mmg tak salah. kalau tak daftar halal pun, pelanggan depa tak surut pun. sbb pelanggan pun tau tgk org yg keje dan taukeh nya org melayu, sah lah kedai tuu halal towiban, mencekik lah tanpa was-was gitu. jadi, ini mgukuhkan lagi pemikiran peniaga melayu utk pandang ringan akan sijil halal.

tapi kalau pelanggan(org melayu la) yg nak masuk kedai makan yg diusahakan org bukan melayu / islam, mereka mula tercari2 logo halal jakim tu. pelanggan melayu takut makanan tuu ada benda2 yg tak halal spt ba-alif-ba-ya (<— kontroversi ayat nii hahhaha). puas terhendap2, maka nmpk laa logo halal, ditambah pula kedai tuu hanya jual nasi ayam hainan. taukeh cina laa sbb depa expert dlm nasi ayam ni. si pelanggan melayu ni tadi tau takde menda babi dalam pembikinan makanan tu, dgn yakin masuk, ode, dan menjamah nasi ayam kedai tuu.

3 ekor ayam yg korg suka makan

3 ekor ayam yg korg suka makan

kedai yg jual masakan yg ada babi, sudah tentu tak halal. budak darjah 2 pun tau.
kedai yg jual makanan dari daging ayam, halal tak? budak darjah 2 tau gak ianya halal. sbb per? sbb tak de babi, ada ayam jer, so halal la. kalau ayam tu disembelih oleh org islam, halal la. kalau tak sembelih pye ayam, halal lagi ker??

HAAAAAAAAA!!!!!! tu dia laaa hangpa. pikiaq cam dah pandai sgt tapi belum cukup pandai lagi. kalau nak mkn kat kedai cina mgkin korg akan pikir sampai camni. betul?? tapi kalau makan kat kedai kelante, kedai jawa, kdai mamak, kedai nasi padang dll yg melayu punya, ada tak terpikir yg mereka hidangkan ayam tuu betul2 halal ker idak??

takkan tgk awek yg amik orde tuu pkai tudung, comei lotei, korg dah agak ayam yg masak kat blkg tuu disahkan halal? ntah2 awek amik ode tuu pun tak tau ayam tu sah halal ker idak. jeng….. jeng….. jeng.

jadi, camna la pelanggan ni nak tau kedai mana skali pun, melayu ker cina ker india ker, disahkan halal dari segala aspek? senang jer, tengok2, jengok2 lah logo halal jakim kat kedai tersebut. peniaga melayu silalah daftar utk dptkan pengesahan halal dari jakim. pelanggan tau yg korg tak niaga babi ker beer ker, tapi pelanggan nak tau yg ayam dan barang2 lain yg digunakan juga halal. sebenarnya tak susah sgt pun nak daftar halal ni, dpt kan sijil halal dari supplier korg, pastikan premis perniagaan terutama dapur dlm keadaan bersih sentiasa. aku gerenti sijil halal dalam genggaman dgn cepat.

aku nak seru org melayu (termasuklah aku sendri) utk pilih kedai2 melayu yg dah daftar halal drp jakim. dgn cara ini shj kita dpt tahu bahawa kedai ni halal ker idak.

“mencari yang halal itu adalah wajib bagi org Islam”

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.