Arkib Blog

Kita Perlu Takut Pada Siapa??

Agak-agak korang kita sebagai manusia nii perlu takut pada siapa?? takut kat hantu, takut kat manusia atau takut kat Allah. Dgn sepantas neuron dlm otak, kita mesti menjawab takut kat Allah, walhal pada hakikat nya kita lebih takut kat mende lain lebih dari takut kat Allah. Dgn menjawab soalan mudah ni pun kita dah boleh bertindak tak jujur. yela kan takut kat hantu tapi jawab lain dari tu. tu dah nunjukkan kita tak jujur dan seorg yg penipu. cukupla tuu utk aku gariskan pikiran kita ni kat mana, dan adakah kita nii jujur ke idak.

Tujuan topik aku adalah mengenai tindakan segelintir guru yg menayangkan movi alam kubur dan hari pembalasan kpd murid-muridnya. Tujuan tindakan itu adalah utk menimbulkan rasa takut pada anak-anak ini pada Allah akan balasanNya dan akibat dari tindakan dan aksi manusia di dunia sementara ini. Bukan untuk hiburan, bukan utk suka-suka bagi budak2 tu takut tak pasal2.

aku pasti cikgu-cikgu yg buat tindakan ni adalah mereka yg sayangkan generasi muda ni, menyedarkan mereka sebelum mereka ni hanyut dlm keseronokan duniawi yg tak menjanjikan apa2. para cikgu yg camni la dpt membangunkan anak bangsa kita, memacu muda mudi ke arah yg cemerlang, menggerakkan mereka di atas landasan amanah dan kebenaran. Aku bangga dan terharu, ada insan (cikgu tadi tu) yang sudi dan rela meletakkan usaha utk menyedarkan anak-anak kita supaya berada di landasan yg betul.

aku rasa pelik dan hairan, ada ibu bapa yg membantah cara para cikgu ni. adakah anak-anak mereka ni dah cukup bagus, cukup sedar, cukup alim?? kalau dah rasa anak tu cukup serba-serbi, tak perlu laa dihantar ke sekolah, hantar jer trus ke pejabat2 utk bekerja. aku sebagai bapa akan rasa malu sekiranya cikgu di sekolah mengajar anak kita mengenal Allah, tapi kita ajar mengenal tahyul dan hiburan.

udah la ibu bapa membantah, ada pulak menteri-menteri yang membantah. menteri melayu, islam pulak tuu. betapa ceteknya pemikiran pemimpin yang kita undi. rakyat lain tgk reaksi mereka nii, nescaya menggeleng kepala kekecewaan. memang langkah para cikgu itu nampak macam drastik dan movi tuu agak mengganggu emosi murid-murid. tapi kalau mesej yg disampaikan secara selembut sutera, murid2 tuu dpt ker idak mesejnya? serupa kata org dulu dulu ‘mencurah air ke daun keladi’. movi yg dibuat utk menimbulkan ketakutan perlu laa cara nya yg agak menakutkan sepertimana filem2 hantu dan seram.

Di sekolah, movi utk takutkan budak-budak akan balasan Allah dibantah keras. tapi di tv, movi utk takutkan budak2 akan hantu2 mainan syaitan dialu-alukan, diuar-uarkan, dipromosikan, dicanangkan. sbg org islam, adilkah kita dalam keadaan ini? bagi anak-anak takut kat hantu lebih dari Allah. bahkan ada antara ibu bapa yg suka berkata “haaa pergi laa kat sana tuu ada hantu” kat anak-anak. ini semua menambahkan takut anak-anak kepada hantu dan bukan kpd Allah.

Aku harap dgn topik ni, kita dpt betulkan pikiran kita yg dah lama salah. Tindakan para cikgu adalah betul. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki olehNya kepada para cikgu yang sentiasa membimbing anak bangsa ke arah yang terpuji.

kepada mereka yg pernah bersekolah, tambahlah sepotong doa dibawah ini setiap kali selepas solat walaupun cikgu tuu penah merotan kita kerana kesalahan kita.

“Ya Allah, ampunilah dosa ku, dosa ibu bapa ku, dosa guru-guru yg pernah mendidik ku, dosa ahli keluarga dan sahabatku, dosa jiran-jiran ku,………”

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.