Arkib Kategori: Uncategorized

Idea Aku, Idea Kau, Idea Kita

idea yg bernas

Idea adalah 1 ilham atau tajuk pikiran yang lahir dari kepala otak pada setiap manusia. idea nii boleh dtg dlm apa jua keadaan; sama ada dlm kita berehat, bekerja, bcakap, bermimpi mahupun ketika kita sedang “melaburkan saham” kita. ada idea yang ok, ada yg hampeh, ada yg tak baik punye idea dan ada juga idea yg cukup berguna utk kegunaan manusia sejagat. idea ini boleh diilhamkan oleh semua org. tak kira la dia genius ker bengong ker cun ker lemau ker poyo ke toya ker. sbbnya senang jer; semua org berfikir. selagi manusia berfikir, selagi tu lah dia akan diwahyukan idea2. idea baik atau buruk, terpulang kpd apa yg dia fikirkan.

namun begitu, idea ni tetap menjadi idea. maksudnya, tanpa implementasi dan usaha utk menghidupkan idea tuu, idea tuu tak memberi apa2 makna walaupun idea itu sebuah idea yg cukup cantik. kalau ada member kita kata, “alaaa dia tu berniaga jadi kaya gitu, dulu pun aku ada idea bisnes camtu“. balas lah balik, “padan dgn muka kau!!! idea jer tak jalan bro. kalau gitu sama jer laa dgn berangan-angan“.

santan kelapa tua - cukup lemaknya

haaa itu laa makna sebenarnya sesuatu idea; iaitu hanya sebuah angan-angan. kita lebih suka dgr bile seseorg tuu kata dia tgh mencari idea daripada dia tgh berangan-angan, betul? santan yg ada kalau tak digunakan secepat mungkin dan dgn cara yg betul, nescaya santan tuu akan basi. kalau org tuu guna cepat2 santan tuu utk memasak gulai atau kurma ayam, nescaya kegunaan santan dan kebaikannya itu tak dipersia-siakan. jadi, idea ni lebih kurg sama laaa dgn santan tadi tuu. kalau org tu dpt 1 idea, dan dia tak usahakan idea itu, maka idea itu akan jadi basi atau out-of-date atau org kampung kata obsolete. kalau dia usahakan serta-merta dgn cara yg betul, sudah tentu akan memberikan keuntungan kpd org yg dpt idea itu.

namun, idea nii kita takleh kedekut. mcm santan gak laa. kalau dah byk dpt santan tuu, sedekah2 lah kat jiran2 ker sapa2 ker. jual pun boleh. idea ni kadang2 dtg kat org yg tak mampu nak usahakan nya. jadi, sedekahlah idea itu pada org lain. takpun gi jpe gomen, patent kan idea tuuu. so, in the future, if u have what it takes then u can proceed on implementing that idea on your own. takpun jual idea tuu. dapat gak duit daripada dok dpt idea pehtu terbuang gitu aje.

catatkan idea itu

akhir kata, terdapat jurang perbezaan yg halus tapi nyata antara idea dan angan2. bila korg terpikir akan sesuatu yg agak boleh diguna-pakai dan memberi kebaikkan, catatkan lah, dokumenkan lah. dapat catat tajuk idea tu pun cukuplah. bila ada masa, tgk balik catatan tuu dan tulis bagi lengkap sepenuhnya. mana tau, dimasa akan dtg korg leh mengeksploitasikan idea tuu utk kegunaan korg. nak berangan boleh, tapi biarlah ber’idea’.

Just Face It, You’re Not An I.T. Guy…

siapakah kita ini? ada org kata abg kita lakukan atau kerjakan setiap hari, itu lah kita. ada yg kata, dengan siapa kita berkawan, itulah kita. ada jugak org kata, apa dan bagaimana kita berfikir itu adalah kita. mana satu yg kita nak ikut??

kita sekarang dah meningkat dewasa dan semua dah bekerja. yelakan utk mengisi dompet kita yg jadi nipis setiap 10 hari selepas gaji. purata manusia bekerja selama 10jam sehari. adakah apa yg kita lakukan dlm kerja itu, mencerminkan kita? kau keje welding besi, betul ker kau diiktiraf utk dikatakan org welding. kau keje IT, sanggup ker kau wat keje it tuu spnjg masa, spnjg idup kau. ada yg dah keje 15tahun sbg pengusaha tanaman sayur2an, tapi masih ingin kan kerja lain. kenapa perkara nii terjadi??

aku dah berkecimpung dlm dunia pemprograman komputer sjak di bangku sekolah menengah lagi. dah 13 tahun aku blajo IT ni. aku keje 3 tahun dlm dunia IT. last last, aku sendri tak mampu utk mengusahakan IT ni. aku rasa sedih sbb membazir masa aku yg blajo tu dulu krn tak dpt trus kan aktiviti dlm pengkomputeran ni. aku dah lama hidup dgn komputer, pasti akan merubah cita2 utk menjurus ke arah itu. cita2 aku asalnya cukup berbeza dgn arena IT atau pun kerja yg aku buat skang ni.

dulu aku cemerlang dlm akademik IT. aku jadi pakar rujuk oleh sahabat2 seperjuangan. aku sedia memberi tunjuk ajar, aku suka. tapi di alam kerjaya, tak tau laaa, aku jadi hilang punca.

umo dah lanjut. nak patah balik dah terlambat. nak beralih angin, macam tak sempat. nak berniaga, masa tak sesuai. adakah ini yg dinamakan “nak seribu daya, taknak seribu dalih”???

lagi sekali dalam kehidupan aku yg serba kurang dan serba singkat ini, aku hilang punca dan arah…. semoga Allah dpt menghulurkan bantuan kpd aku.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.