Arkib Kategori: Technologically Speaking

berita mutakhir dalam dunia teknologi dan maklumat

Greatest Ever Sports Car

Baca je tajuk post aku kali ni ramai yang tertanya-tanya kereta sport apa yg terbaek. yeaa betul. kali ini aku nak cerita tentang 10 kereta sport terbaek yg ada di pasaran. sebenarnya ranking ni bukan aku yg buat sesuka hempedu aku je. tapi aku nak cerita balik dari apa yg aku terlihat di satu slot di dalam channel discovery kat astro nuu. tajuk slot tu adalah “The Greatest Ever” dan secara kebetulan masa aku tengok tu episod sports car. aku pun layaaaannn. aku terpikir gak dari mana depa ni dpt idea nak wat carta ni, maksud aku, cane nak letak keta apa kat tangga 10 atau tiga atau yg pertama. depa kata dgn menemuramah beberapa individu yg bergiat atau berkecimpung dengan mendalam lagi rapat dlm dunia kereta ni yang mana terdiri daripada bekas pemandu F1, pelumba terkenal, peminat kereta, pengumpul kereta, wartawan kereta dan juga pengkritik kereta. nama pun dah discovery channel, sudah tentu la org2 tadi tuu semua org puteh la. komen yang bias? mungkin. tapi kalau korg tgk dan dgr sendri, mungkin boleh tau sama ada diorang ni bias atau tak.

Lamborghini Countach

ok lah, aku nak start cite ni. kita mulakan dgn kereta sport terbaek yg di tangga ke sepuluh (ke – 10). biasakla nak bagi dramatik skit penyampaian aku ni,  kene la wat ala ala countdown gitu. hehehe. ok, tangga ke 10 ada LAMBORGHINI COUNTACH. sapa kenal keta ni, angkat tangan. aku kenal dan aku penah tgk depan mata gak kat malaysia ni. keta sport ni kat tangga ke 10 sbb pembuat nya telah mengangkat martabat kereta sport. keta ni dikeluarkan pada tahun 1980-an dan masa tuu keta sport tak byk dikeluarkan dan ia juga menampilkan design yg luar biasa tapi menarik. tapi yg penting, keta nii dpt menarik org ppuan yang tak tau pasal keta. omputeh kata “chic magnet” laaa. kalau mamat ni drive keta ni dan kenyit mata kat mana awek, gerenti leh dpt la, tak payah susah nak ngayat. hehehe. performance? ok lah. but at that time, it was superb.

tak jumpe gambo R32 yg lawa2, so aku letak R33

next!! on 9th place was NISSAN SKYLINE R32. yup skyline gtr tu laa. kpd peminat keta jepun (terutama skyline ni) sure menyirap sbb ada kat tangga 9. bagi peminat keta continental plak (keta omputeh laa – around europe) akan pikir apa kelas keta jepun leh masuk carta ni. hahahaha. apa2 pun depa nak bagi adil laa. skyline ni leh masuk carta sbb kebolehan atau ke’terra’an enjin keta ni yg boleh di tune-tune cam radio keta. mana taknya, enjin standard yg 145hp leh tune-up jadi 500hp dengan hanya guna laptop jer. gile apa jepun ni. lum tuko piping, masuk twin turbo, piston, bearings dan lain2. tapi flop nya, design (depa kata laa). mmg la amik yg R32. cuba yg latest, gerek tuu… hehhe. depa puji keta ni sbb teknologi jepun yg cukup advance dan praktikal. kalau tak, takkan kancil leh pump horsepower smpi 200 lebih.

Lawa ker? mungkin... tapi bukan taste aku la

seterusnya tangga yg ke 8 adalah CORVETTE STINGRAY. keta ni terpilih sbb enjin nya yg power. asal2 nya in-line 6 cylinders. but after a few years, they upgraded it to a larger engine, V8. masa tuu takde lagi enjin yg v-shaped ni. aku rasa laa sbb depa dok emphasised V8 tu tak abih2. enjin 6 silinder tuu tak ckup power, well u know americans, they like the raw power of an engine, aggressive looking car. so, that is why they wanted bigger engine but didnt want to modified or make changes to the original body. then, came up the idea of v8 engine. huge power but small enough to fit into the bonnet. design? bagi aku tak lawa pun, tapi depa kata cukup lawa. ada yg tak setuju.

ni la keta james bond. skang DB6 atau Vanquish

di tangga ke 7 adalah ASTON MARTIN DB5. yeeeaaaaahhh ini laa keta idaman bapak korang masa depa muda2 dulu laa yek. aston martin ni sbnarnya pembuat kereta yg biasa jer, macam proton dan perodua la. kereta utk kegunaan biasa. tapi ntah nape si tokeh tuu tingin plak nak wat keta sport. sure staf dia kata buang tebiat ker org tua ni. tapi dalam “proper english” laa kan. apa yg best keta ni? takde yg best. beetuuulll bro. takde yg best. ia cuma jadi popular sbb keta nii laa yg james bond pakai. lepas kuar wayang, booommmm!! keta ni jadi popular. ada sorg pengumpul kereta kat UK, dia ni org bangsawan laa sbb nama dia ada ‘lord’ kat depan. dia mmg memiliki DB5 ni, dan dia sendri komplen keta buatan british ni, sbb macam2 function yg tak functional. wiper – out, window – out, clutch – out, brakes – out. dia kata umpama “indah kata dari rupa”.

Mercedes sayap

seterusnya; MERCEDES GULLWING. masa gull wing ni di keluarkan, memangla sebuah keta sport yg lain dari yg lain. yg aku maksudkan adalah rekabentuknya; pintu sayap. bile dedua pintu dibuka ke atas, nampak macam keta nii ada sayap. nasib baik tak leh terbang. tak tau laa kalau kau teran 180kmj phtu buka dedua pintu tu leh terbang kot. yg penting, ia adalah keta pertama yg mempunyai pintu dibuka keatas. bukan itu shj, org german ni pandai utk bagi keta mereka ni praktikal. oleh kerana kereta sport ni kecik dan sempit, agak masalah bagi pemandu ppuan yg berskirt utk masuk dan memandu. jadi, depa dah wat stering yg bagak tu boleh diteleng atau dilipat ke atas bagi memudahkan org pompuan masuk dan duduk di kerusinya. enjin pun power gak sbb top speed nya pun ikut trend masa tu iaitu 180batu/jam. dalam unit kmj korg kira sendri laa tapi mmg laju laa utk ketika dulu tu.

Keta sport bagi mereka yg obses dgn kelajuan

di tangga ke 5, FERRARI ENZO. sure ramai yg heran atau tak percaya nape keta ni kat tmpt ke-5 dan bukan yg pertama. hahahaha. byk komen2 yg si ditemuramah tu kata, keta nii tak menepati aspek sebenar sebuah sport car yang membawa maksud kecil, laju tapi masih seronok dipandu (bukan ngeri). tapi ferrari ni dah terlalu power sampaikan nak merasa kehebatan keta tersebut rasa cam nak mati. korg pun tau kan keta ni guna enjin F1. jadi kalau dah ada enjin F1, takkan nak bwk setakat 180kmj jer bro. tak asher laa bro. baik drive proton putra jer. so, dgn enjin F1 kene laa drive laju yg tak hengat punya. amacam, ada bran (berani)? kalau berani skalipun nak drive sampai 250kmj, kat mana bro??  hiway mana?? plus hiway? federal hiway? auto bahn (jerman)?? belum tentu beb. design nya mmg garang laa. lebar semacam, ye la nak bagi stabil at high speed, macam2 lubang ada air scoop la, lubang angin la, lubang idung la. bagi mereka yg dah tak tau nak buat apa dgn duit, ini lah keta yg molek sgt utk dibeli.

rupa tiada tapi nama ada...hmmm

Seterusnya di tangga ke-4, JAGUAR E-TYPE. jaguar kalau kat malaysia ni terkenal dengan gaya eksklusifnya yg sesuai dgn bos-bos dan tokeh2 hangpa. enjin kapal terbang dan turbin empangan hidroelektrik, jaguar jugak yg supply. namun, depa ni keluarkan juga keta sport. tak salah aku byk komen dari interviewee  tu kata keta ni sebuah keta sport yg berpatutan harganya. ntahla, aku pun tak pasti baper harga yg dimaksudkan tu. dari segi rupa nya, hmm payah nak kata. bukan tak terkata (speechless) tapi tak tau nak kata ape. hehhehe. bagi aku mmg tak lawa la. tapi taste org lama suke laa kot. dan seperti biasa keta Jaguar ni mmg akan diletakkan enjin yg bagak2 (beso ler). pasan tak betapa panjangnya bonet nye itu.

yeaaaaa 7 kereta dah diulas. tibalah masa utk tau ‘top three’ bagi “The Greatest Ever Sports Car”.

Keta sport 3 seater

Di tempat ketiga adalah MCLAREN F1. masih ingat keta ni?? satu2nya keta spot yg ada 3 tempat duduk. ye betul… 3 tempat duduk. sport car lain semua 2 jer (two seater). tapi yg ni lain dari lain. cane rupanya 3 tempat duduk? driver berada ditengah2 cockpit dan passengers kat kiri dan kanannya tapi ke belakang skit. tak paham kalu, google laa image keta ni. sudah tentu teknologi yang digunakan adalah dari F1. keta ni dikeluarkan pada tahun 1990-an. pickup dan top speed mmg tak hengat. tapi kureng nya satu jer tang seat tadi tu. kalau mamat tu nak bawa awek nya jalan2, awek tu kene dok blkg dari driver tuu. apa ke haey nya? kalau mamat tuu ada 2 bini mmg sesuai la keta ni. memang dasar playboy (play-boya). hahahah.

Keta sport yg serba biasa

tempat kedua adalah MAZDA MIATA. what tha hell??!?! u gotta be kidding me!! ngarut betul depa ni wat judgment. isk isk iskkk. for me, this is the last car that i would buy. bio aku explain skit kat hangpa yg tak kenal dgn keta ni. keta ni kecik jer. aku rasa sama panjang dgn kancil jer ni. enjin nya takdela dasat dan takde plak macam lagenda. design pun cam nak tak nak buat keta jer pun. tapi tujuan nya adalah sports car. 2 seater, body ringan, sudah tentu laju, mudah dipandu, dan fun to drive at whatever the speed you drivin’. oleh kerana sebab2 yg mencerminkan sebuah keta sport inilah yg membuatkan keta ni berada di tempat kedua. kalau nak diikutkan dari dulu lagi keta sport yg otai2 semua kecik2 jer. tak la lebar mcm ferrari, tak la berat mcm skyline, takla enjin gila2 cam mclaren F1.

wooraitt… tiba masa nya utk keta yg memegang takhta “The Greatest Ever Sports Car“; iaitu PORSCHE 911. hahaha yes yes yesssss. ni keta favorite aku bro. dream car. cair tgk keta ni. nak sebut nya; porsche-nine-eleven. porsche mmg pengeluar keta sport yg terulung dari dulu. porsche penah dpt title “the

porsche 911 versi turbo

pandangan dari belakang

fastest sports car production in the world“. maksudnya, satu2nya produksi keta sport yg terpantas di dunia. porsche keluarkan macam variasi keta sport nya ni. yg dah siap tune utk racing kat track pun ada depa jual; namanya porsche GT3. enjin nya pun unik, dipanggil boxing engine, yakni piston berada dalam keadaan melintang / mendatar (horizontal). keta lain piston menegak (vertical). hanya porsche jer yg gune enjin cam ni sbb utamanya untuk merendahkan lagi titik graviti keta tersebut. masa awal2 keta porsche dikeluarkan, problem yg jelas adalah oversteer, iaitu bila cornering bahagian belakang keta akan membuang. dalam kata lain, slalu drifting la. kalo kaki drift sonok

ni yg tune racing utk kegunaan harian spt pegi pasar malam

dapat keta ni tapi utk keta yg highspeed, ketika drifting, kelajuan keta akan berkurangan, dan average speed juga akan berkurangan. tapi pengeluar porsche begitu obses dgn keta ini, pelbagai perubahan / modifikasi dah dibuat utk menyelesaikan masalah ini. porsche juga serius perlumbaan ‘Le Mans’. harga nya pun cukup dasat. paling murah tak salah aku rm400ribu. tapi aku rasa mmg pueh ati walaupun mahal sbb pakej nya cukup lengkap dari segi design, performance, comfort, stylish dan accessories.

Porsche 911 GT3 utk perlumbaan GT3 CUP

the fastest sports car production

begitu lah 10 kereta sport terbaek yg dah diringkaskan oleh discovery channel. aku share kan ajer. namun, yg membeli nya kita2 ni. tak kesah depa nak kata keta apa best skali pun, asalkan kita minat mana2 keta, duit pun ada, beli aje. kalau takde duit, kita ‘beli’ impian saje lah. hahahah apa-apa pun memandulah dengan cermat dan bertimbangrasa.

p/s: memandu keta dgn slow mmg bagus tapi jgn di lane laju. itu bukan timbangrasa, tapi kurang rasa asam a.k.a kurang asam dan pentingkan diri sendri

Dunia Mobiliti

satu hobi yg baru….. koleksi hanfon atau gemar menukar2 hanfon. pelik tapi benar. kalau dulu henpon ni org guna 1 jer. tu pun org yg kaya, bisnesman jer yg bule ada henpon ni. tapi skang ni budak sekolah rendah pun dah ada. yg keje kerani pun bleh pakai 2 henpon. ramai sgt ker yg nak menelepon nya smpai 2 henpon. aku gune 2 henpon; 1 mmg aku punya laa dari semasa aku bergelar siswa lagi, dan 1 lagi henpon bagi pinjam utk hal2 bisnes. kalau aku benti, kene bagi lik henpon tuu. kang tak pasai2 gaji kene ‘bar’.

yelaa itu laa dinamakan perubahan. positif ke negatif ker, semua ditangan manusia tu sendri. henpon elok2 ada kamera utk tgkap gambar2 yg indah2, disalahgunakan utk dijadikan alat2 sekodeng… isk iskkk isk…. per nak jadik. maleh aku nak citer mende2 negatif ni. korg paham2 sendri la.

aku bukan sorg yg mengumpul koleksi henpon ataupun penggemar tukaran henpon. bukan per, sbb aku tak mampu laa nak wat gitu ehheheh. aku nak citer tentang henpon2 yg telah aku dampingi sepjg hidup aku ni.

Motorola Keta Kebal. (siri nya aku tak ingat)
henpon nii bukan la aku punya. tapi mak bapak aku punya. sbnarnya depa bukan nak sgt pun ada henpon tapi rumah yg kitorg baru pindah nii TM tak masuk lagi la. jadi kene laa ada henpon. masa tuu guna line celcom tapi kepala no tuu 010. kalau dibayangkan skang henpon tuu perggghh oldschool tuu ehhehehe. henpon tuu beso, tebal, flip-down kat mic nyer tuu. display nya kecik, ada antenna, berat nak mampos. masa tuu simcard tuu mmg betul card laa. skang nii kita patah2 kan kad tuu dan amik chip nye jer. tapi henpon nii masukkan kad2 tuu skali. tak yah patah2kan. masukkan kad tuu terus, abis citer. feature nya hanya la 1; terima dan buat panggilan. tu jer. sms pun tak leh. tapi phonebook tuu ada la.

mak bapak aku g ofis, henpon tu jadi milik aku laa for the day huahuahuahua. masa tuu mmg org tak ramai ada henpon. nokia3210 pun lum kuar lagi, motorola startec pun dlm kotak idea si pencipta nya. mmg bangga gilos kalu bwk henpon tu ke hulu hilir. dah baru lepas spm, mana keje. keje lepak dgn mber2 ada laa huahauauhauha.

Nokia 3210.
masa nii henpon nii laa paling gempaq giler sbb tak ada antenna cam straw botol air tu. dah laa nipis (nipis jika dibanding dgn motorola tadi tuu), ringan (juga dibanding dgn yg tadi), skrin besor, eh bule sms lak tuu. ada game lagi (snake, memory dll), ringtone pun byk. murah lak tuu. haaa masa ni laa henpon jadi pisang panas. sume org dah nak start memiliki henpon sendri. bisnesmen sudah tentu nak ada henpon, para eksekutif2 nak ada gak aksesori kehidupan ni. so, cina2 henpon boleh laa bukak kedai jual henpon nii sbb ada demand.

masa nii aku tak de laa henpon ni, member baik aku yg ada. tu pun mak dia yg bagi kat dia. pasal ape aku pun tak amik tau. henpon motorola lama tuu bapak aku dah cancel sbb tm dah masuk line kat umah tuu. so, aku takde laa henpon :p.

masa ni jugak laa byk henpon2 smpai kat pasaran malaysia nii cth; ericsson, siemens, sagem, alcatel. sume masih tebal2 gak la. nokia 3210 ni jer yg nipis.

Ericsson P….. (pe ntah tak ingat)
rival kpd nokia. kepada mereka yg minat flip phones, ni la alternatif nya. lebih kecil dari nokia 3210, lebih ringan, ada antena kecik kat atas (mungkin utk stail kot), tapi skrin kecik. eloh krn saiz yg kecik, ramai aweks2 yg beli henpon ni sbb bule masuk handbag. termasuk laa org yg tersayang. hehehe

Nokia 3310
dlm 1thn lepas tuu kuar yg baru nokia 3310. lagi skali nokia berjaya mngetuai pasaran henpon dunia. yg best henpon nii saiz dimensi nya lebih kecik dari 3210, dah dual band (tak silap aku la), tebal masih sama, ada ringtone composer. hahahahah past ringtone tuu yg best tuu…. boleh buat ringtone sendri.

masa ni member aku gak yg ada henpon 3310 nii. ada laa 2-3 org mber aku yg gune henpon nii. aku?? masih lagi low profil takde henpon. tapi dlm ati ada niat nak gune henpon 3310 nii. surf kat internet nak tgk henpon yg akan dtg kat nokia, ternampak laa nokia 3330. dlm kepala, ini laa hp yg aku nak beli nanti.

Nokia 3330 henpon ber WAP
wap?? W.A.P??? ape kemenda tuu?? wap air aku tau laa. wap ni laa yg membolehkan pengguna henpon melayari internet. masa 3310 tuu internet hanya boleh dilayari kat pc jer. kat henpon tak bleh. tapi wawasan utk jadikan henpon ni bule layar internet dah lama ada. cuma proses tuu jer makan masa nak bikin. sbb nak kene study network, henpon capabalities, dll. henpon yg pertama ada wap ni adalah nokia 3330. itu pasal la aku pasang niat nak beli 3330 nii, be different from others.

1st year masa degree, dpt duit loan, apa lagii aku laa org yg kaya kat KL ni ahahahhaha. henpon nokia 3330 (zitron set, tak main laa celup2 ap set nii) telah aku beli kat sg wang. bukan laa nak sgt pakai henpon, tapi makwe aku (ye… aku dah ada makwe masa tuu) ada henpon dan berjauhan plak tuu, jadi kene ada laa alat perhubungan yg praktikal dan efisien utk berchenta. hahahahahha.

haaa masa nii dunia henpon mmg meletop2. macam2 henpon ada kat malaysia ni. dlm 1 thn nokia keluar 4-5 jenih henpon. tu baru 1 sykt nokia. kilang henpon lain lagi. bayangkan laa berlambak2 henpon kat msia nii macam2 stail dan saiz.

masa nii henpon jepun dah byk gak cam samsung, panasonic dll. aku rasa masa nii laa byk persaingan sihat di kalangan pembuat henpon. sbb ramai. nokia, ericsson, motorola, samsung, alcatel, siemens, LG, panasonic, NEC. bila dah byk mmg laa macam2 stail ada, candybar yg biasa tuu biasak laa, ada flip, slide ke ats, ke bwh, slide berpusing pun ada. isk iskk siikkkk jenuh nak pilih beb.

to be continueud…..

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.