Arkib Kategori: Isu Kesihatan

mengenengahkan isu kesihatan masyarakat

Wangikah Kentut Anda?

Awas! Gas Berbahaya

Awas! Gas Berbahaya

anda penah kentut? dah tentu penah. kalau tak penah, ada masalah namanya. mungkin soklan yg relevan nak aku tanya adalah mengapa diantara kentut-kentut anda itu, ada yg busuk dan ada yg tak keluarkan bau busuk?? mmg takde dlm sejarah kemanusiaan, ada manusia yg boleh kentut bau wangi laaa kan. artikel kali ini, aku nak cerita pasal kentut. korg ingat korg kenal dgn kentut korg tuu. tapi yg sebenarnya korg hanya tau kentut itu busuk, melegakan dan ada masa nya memalukan.

apakah kentut itu? aku amik makna dari wikipedia la, kentut dengan nama saintiffiknya flatulence ialah campuran gas yg terhasil dari proses pencernaan di dalam usus besar dan dikeluarkan melalui lubang dubur. bunyi yg tercipta adalah hasil getaran dinding dubur ketika gas tersebut melepasinya dan juga dipengaruhi oleh keterbukaan alur punggung.

apakah kandungan kentut? kentut mengandungi gas nitrogen sbg gas utamanya, diikuti dgn gas karbon dioksida dan sedikit gas methane dan hidrogen. yer betul…. kentut boleh menjadi gas mudah terbakar

Butang kecemasan kentut

Butang kecemasan kentut

sekiranya kuantiti methane adalah tinggi dan ia mampu menyemarakan api kayu uji bernyala. kuantiti gas-gas di dalam setiap kentutan ini berbeza mengikut diet seseorg.

mengapakah kentut boleh mengeluarkan bau busuk? kentut yg melepaskan bauan yg busuk adalah disebabkan kehadiran bakteria mikroflora dan/atau najis yg ada di dalam usus besar. kentut juga didapati akan meningkat busuk dari individu yg hanya memakan sayur kepada yg lebih banyak memakan daging.

komponen-komponen utama dalam kentut yg mana tidak berbau mengikut peratusan (ayat asal “The major components of the flatus, which are odorless, by percentage are:“) :

  • Nitrogen 20% – 90%
  • Hidrogen 0% – 50%
  • Karbon dioksida 10% – 30%
  • Oksigen 0% – 10%
  • Methane 0% – 10%
teringin kentut di angkasa??

teringin kentut di angkasa??

dengan sedikit ilmu, kita boleh bersiap diri untuk bebas melepaskan kentut tanpa dihantui akan bau busuk di mana kita berada, pada bila-bila saje.

Telur Ayam : Manfaat atau Mudarat?

kita slalu dengar nasihat yg mngatakan makan telur ayam ni tak elok utk kesihatan. boleh wat kita gemuk, byk kolestrol, leh sebabkan penyakit koronari, heart failure laa.

Telur Ayam Malaysia

Telur Ayam Malaysia

tapi sebenarnya, telur ayam ni adalah satu makanan lengkap dan ada macam2 nutrien yg bdn manusia perlukan. haaaa jengĀ  jeng jengg. tak kesah korg nak makan secara masak ker sparuh masak ker tiga suku masak ker goreng ker ancur ker, rebus ker, tetap kandungan khasiat nya tak terjejas. tapi pendapat aku, yg terbaik adalah telur sparuh masak tuu.

Pelbagai jenis telur di muka bumi ini

Pelbagai jenis telur di muka bumi ini

dalam telur ayam nii ada 8 jenih asid amino yg diperlukan oleh manusia, dan ianya mudah diserap dan dicerna. protin telur ni jugak leh mengubah protin makanan lain supaya lebih berguna utk badan kita. utk pengetahuan semua, badan manusia niii takleh simpan protin utk dijadikan backup ker standby ker. maknanya, protin nii kita kene amik tiap2 hari. tapi cukup ker protin mngikut pemakanan kita?? makan jer telur mata kerbau tuu abis citer.

semua ini ada kajian nya. persatuan perubatan amerika buat kajian dgn 2 org sukarelawan yg masing2 amik 1biji telur stiap ari dan lebih sebiji telur stiap ari. hasilnya, tiada perbezaan risiko jantung terhadap kedua2 nya. dan kajian tersbut mendapati telur ayam bukan lah punca sebenar penyakit koronari.

so…. mari laa kita beli telur ayam dan makan telur ayam dgn citarasa tersendiri. telur itik aku tak pasti lah plak. takde org wat kajian lagi kot. begitu juga bagi telur angsa, telur cicak, telur lalat, telur dinosor, telur buaye dan telur dihujung tandung. semua telur ni perlukan kajian saintifik.

salah satu masakan telur

salah satu masakan telur

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.