Arkib Kategori: Cerita Politik

berita mengenai politik malaysia dan dunia

Keadaan Politik di Malaysia

pilihanraya kecil di 3 tempat (bkt selambau – kedah, bkt gantang – perak, batang ai – sarawak) telah pun tamat dan keputusannya pun korg dah tau. jadi takyah la aku nak hilight kan. lagipun bukan nak citer sapa menang sapa kalah.

dulu malaysia nii bertahun2 diperintah oleh kerajaan barisan nasional yang jumlah kerusi nya lebih 2per3. bila dah lebih camni, suara pmbangkang mmg la sayup2 kedengaran. jadi rakyat tak ambil peduli. rakyat just follow jer la. takde sgt nak bantah. kenapa rakyat tak bantah? bkn sbb rakyat bodoh bengong atau pak turut, kerana rakyat tahu pemimpin dahulu begitu ikhlas dlm melaksanakan janji2 yg ditabur masa berkempen. rakyat dahulu penah rasa susah. bila dpt kesenangan walaupun skit, mereka takkan minta lebih lagi. mana tak nya dulu leh makan ubi kayu jer, lepas 10-20 thun leh makan buah anggur, epal, char kuey teow dll. mereka rasa itu pun dah cukup.

sejak kerajaan barisan nasional tidak dpt mandat 2per3 itu, pbangkang bersuara lantang mbantah dlm mcm2 hal. adakah mereka rasa tak cukup senang lagi skang ni? adakah mereka tak suka atau jemu lihat bendera dacing yg telah lama berkibar di 14 negeri? atau mereka lebih tau apa yg terbaik utk malaysia? aku percaya ramai ahli politik akan menyatakan tujuan mereka utk menambahbaik malaysia ni.  tapi jauh panggang dari api.

politik boleh jadi baik dan boleh membahayakan bangsa dan negara. ahli politik menganggap politik hanyalah mainan mereka. ahli politik sekarang cukup pandai dlm strategi dan taktik. mereka memainkan wayang politik cukup baik sehinggakan rakyat terpengaruh, terutamanya para penyokong. para penyokong menjadi cukup fanatik sedangkan para politik tidaklah bermusuh begitu dasat spt dipertontonkan. yang penyokong sanggup bergadai nyawa utk membela ahli politik mereka. bukankah bagus jika para penyokong ini bergadai nyawa utk Islam (bagi yg islam la)?

yang menjadi ahli politik ni adalah org biasa cam kita2 ni jugak. apa yg org biasa idamkan? rumah besar, duit byk, idup senang, disegani, dihormati dll. dulu lagi, dah ramai org biasa nii nmpk perkara ni. mereka nampak lubuk kemewahan yg ada dlm politik ni. dan ketika itu parti politik yg berjaya adalah umno dan komponennya. jadi, mereka ini jadi ahli dgn alasan utk berjuang demi negara. kononnya.

zaman silih berganti, pemimpin bertukar, ahli politik pun silih berganti, yang dulunya ikhlas berjuang utk agama, bangsa dan negara dah berganti dengan yang ikhlas berjuang menghebatkan duit, rumah dan reputasi sendri. mereka kata je mereka berjuang utk agama, bangsa dan negaraa tapi sebenarnya mereka mempunyai agenda lain. org biasa yg masih lagi biasa ini nmpk perubahan ini dan membuat tindakan, salah satu nya dalam PRU yg lepas.

dahulu dikenali tanah melayu. diperintah oleh raja2 sultan2. aku rasa cam lagi bagus skang nii pemerintahan kita balik ke asal. after all, dari situ laa asal usul kita. nak cari org yg ikhlas dlm perjuangan (bkn pasal duit atau reputasi) mmg lah dah susah skang ni.

Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris

dah lama aku lihat dan amati situasi ini di dlm malaysia. satu isu yang begitu kontroversi dalam perubahan sistem pendidikan malaysia. ada rakyat yg menyokong idea ini dan ada pulak yang menentang habis2an. tetapi pada pendapat aku, perubahan ini ada tujuan yang tepat dan baik demi mempertingkatkan ilmu matematik, sains, kejuruteraan dan lain2 di dada rakyat malaysia di masa akan datang. bagi mereka yang menyokong perubahan ini, aku pasti mereka ni benar2 faham akan ideanya. manakala yg menentang sudah tentu tidak betul2 memahami tujuan unsur perubahan ini. jadi, tergerak hati aku untuk menerangkan kepada rakyat malaysia untuk lebih memahami akan idea perubahan ini.

idea perubahan yang diketengahkan adalah; pembelajaran matapelajaran matematik dan sains di dalam bahasa inggeris bagi sekolah menengah di malaysia. sebelum ini, kedua-dua matapelajaran ini diajar, dibelajar, ditulis, dibuku menggunakan bahasa malaysia yang juga (semua org tau) bahasa kebangsaan malaysia. ia juga termaktub dalam perlembagaan persekutuan (kalau aku tak silap la), bahwa bahasa pengantaraan dlm pendidikan mestilah dalam bahasa malaysia. jadi semua matapelajaran yg diajar di sekolah2 adalah dlm bahasa malaysia kecuali subjek bahasa inggeris. pe hal nya nak belajar bahasa inggeris tapi gune bahasa malaysia, yer dak.

tujuan idea ini adalah; memperlengkapkan pelajar2 sekolah dengan asas ilmu matematik, sains dan teknologi yang byk dibuku dan diajar dalam bahasa inggeris. subjek matematik dan sains ini yang menggunakan bahasa malaysia hanya budak2 sekolah jer yang belajar. bila mereka dah tamat sekolah dan melanjutkan pelajaran ke universiti2 dan kolej2, apa yang mereka belajar akan disampaikan dalam bahasa inggeris. bagi pelajar yang skor bahasa inggeris skali pun akan menghadapi sedikit masalah dlm pembelajaran mereka nanti. ini kan pula budak2 sekolah yang tak bape skor bahasa inggeris. masa spm, matematik & sains skor gile2, bahasa inggeris ok jer la. masuk ‘u’, belajar trigonometri la aljabar la sains kejut (sains kejuruteraan) la, sume dalam bahasa inggeris. haaa mula gagal memanjang. pointer jatuh, tensen pun dtg, mulala menghabis kan loan2 yg ada utk mende yg bukan2. yelaa dah tensen. jadi, dengan idea ni, budak2 sekolah akan lebih bersedia dan tidak terkene kejutan budaya dlm pembelajaran kat ‘u’ nanti.

idea ni bukan nak membelakangi bahasa malaysia. ehhh halooo!!! eh silap. ehhh assalamualaikum. selama ni belajar macam2 subjek dalam bahasa melayu sekali pun, masih ada lagi rakyat malaysia yg tak sempurna bertutur bahasa melayu. come on, guys. nak perjuangkan bahasa melayu nii byk caranya. bukan dgn cara menentang idea ni. cara yang betul utk memperkasakan bahasa melayu sendri pun korg tak buat. tau tau nak tentang jer. ngarut laa depa ni. org2 cina ramai yang fasih berbahasa inggeris tapi mereka tetap boleh bertutur dalam bahasa ibunda mereka. apa laa yg nak ditakutkan yg org melayu taknak bercakap dlm bahasa melayu. cuba berfikir secara rasional dan realistik. bukan bahasa melayu jer, ptutnya tulisan jawi tuu skali kene perkasakan. sbb itulah warisan nenek moyang kita yg mencipta perkataan2 dlm bahasa melayu.

ada juga antara kita ingat bahwa idea nii nak memperkasakan bahasa inggeris dan mengatakan kita sudah ada subjek bahasa inggeris. bukan camtu la. belajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris bukan nak kasi terer bahasa inggeris. tapi nak biasakan dan nak percepatkan pemahaman sains & matematik yg nanti bila masuk ‘u’ nanti belajar dalam bahasa inggeris. kalau nak terer bhs inggeris mmg laa kene belajar subjek bahasa inggeris.

kenapa kene dalam bahasa inggeris? bidang teknologi ni mempunyai sebutan2 / istilah2 / terma2 / formula2 yang tersendiri. dan ia akan bertambah setiap kali teknologi baru diterokai atau dicipta. bidang teknologi ini juga dikuasai oleh bangsa inggeris. maka, sudah tentu istilah dan sebutan tersebut ditulis dalam bahasa inggeris. bukan bahasa melayu. bukan bahasa jepun, bukan jawa. jika ditakdirkan, bangsa jawa menguasai teknologi dunia, sudah tentu bahasa jawa akan digunakan utk merekodkan istilah2 baru yg dtg dari teknologi yg org jawa cipta. betul tak? kalau camtu laa kan, org jepun pun akan belajar bidang teknologi dalam bahasa jawa.

jadi, kalau kita belajar sesuatu dari 1 bangsa dalam bahasa bangsa tersebut, maka kita akan lebih cepat memahami apa yang kita belajar dari bangsa tersebut.

aku suggest korg baca petikan ini http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa-1.html

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.