LAYU

LAYU

Sesungguhnya,
Tidak ada yang lebih menyayat,
Dari melihat bangsaku dijajah,
Tidak ada yang lebih menyedihkan,
Dari membiarkan bangsaku dikhianati. – puisi dari Tun Mahathir

Aku lihat LAYU dalam melayu,

Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak,
Ada juga bercadang bertanya tuan empunya ,
Tapi bercampur risau dan tak tergamak,
Nanti di kata tak bersyukur, tak sedar diri,
Jadi aku menyendiri, memerhati, dan akhirnya mengakui,
Yang kita sendiri membiarkan Bunga Raya melayu ke kanan,
Dan dibiarkan bunga tak cantik mekar di kiri.

Aku lihat layu dalam melayu,
Tanahair kita yang punya,
Kita siram, kita baja,
Tapi angin api kita lupa,
Mereka merancang masa, menjinak bangsa,
13 harimau bertukar menjadi mangsa,
Kita lupa, nenek moyang kaya-raya,
Jangan sekali digadai harta-bendanya,

Ku lihat layu dalam melayu, …3x

Takkan melayu hilang di dunia,
YA! tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tak dirasa,

Petah berbahasa, kudrat tak berjasa,
Orang berbudi, kita hanya tahu merasa.

Selalu lari bila dirapat,
Selalu malu bila soalan diaju,
Selalu segan memberi pendapat,
Rela mengikut janji peneraju.

Belum menyanyi dah bersorak,
Suka berjanji dalam borak,
Bukan kau tadak otak,
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam melayu. …3x

Aku jadi sayu,
Bunga menangis dia mendayu,
Mahu jadi cantik, tetap diragu,
Aku merayu,
Bangunlah semula hidup kembali,
Jangan tunggu matahari mati,
cepatlah mekar sebelum terlerai,
Perjuangan kita belum selesai…… 3x

Perjuangan kita belum selesai,
kerana hanya yang cekal dan tabah,
dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya……. – puisi dari Tun Mahathir

Tajuk lagu : Layu
Lirik & Lagu : Malique
Album : OK

Perihal mr_ajim

Aku orang biasa. Sudah beristeri dan ada 2 orang anak. Bekerja sesuatu yang aku sendiri tak suka.

Posted on 4 Ogos 2010, in Keadaan Semasa, Pengalaman, Perihal Rakyat, Puisi and tagged , , , , . Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. melayu kini sudah berubah
    tidak seperti dahulu
    malah makin berbalah
    makin dekat makin byk rasuah
    tak tahulah tapi inilah dia
    melayu kini yang tidak ada maruah
    hilang segala pertimbangan
    kerana harta pgkat jd rebutan
    bangsa dipertaruhkan…
    melayu bangkitlah dr kesombongan
    dari kelekaan harta dunia
    bangkitlah.. tolong anak melayu
    yg susah yg miskin..
    (-____-)

  2. took your advice and finally i’m here

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.