Ungkapan Yang Akan Pupus

salam semua. amacam skang? gempaq tak ujung mggu lepas??

yeeaaa begitu laa lebih kurang ayat org muda dulu dulu. namun, beberapa ungkapan atau perkataan yg slalu digunakan masa dulu tuu dah meniti gerbang kepupusan, yakni takkan digunapakai lagi. sedih gak. mana tak nya dulu masa kita dok sebut2 perkataan2 tuu kira up to date laa masa tuu. heheheh skang dah tak lagi. sbb masa berlalu, umur berubah, perangai dah berubah. diganti dgn generasi yg baru, maka cara dan ungkapan sudah tentu berubah supaya lebih sesuai dgn mereka.

jadi dengan tajuk post kali ni, aku akan senarai dan terangkan maknanya beberapa ungkapan masa kita dulu (aku rasa era 80-an dan 90-an la) alaaa masa kita sekolah2 dulu nii. itupun yg mana masih terpahat diminda dan hati aku ni laa kan. kalau ada yg aku terlepas pandang, korg leh lah taip di komen yg aku sediakan di bawah. jgn segan2 heheheh tapi jgn la ungkapan yg maki hamun atau cercaan k.

MENYIRAP
ungkapan nii mmg takde perkataan akar (root word) dan bukan berasal dari ‘sirap’  dan tambahan imbuhan ‘men’ didepan. tapi ia adalah 1 perkataan yg original. ayat ni digunakan ketika seseorang tuu ingin menceritakan perasaan amarahnya itu pada kawannya. aku dah wat research, dari zaman p.ramlee lagi perkataan ni dah ada. lama tuuuu. cth : “mamat tu jeling kat aku, aku menyirap betul la. sib baik aku ni hensem”

MENG’OREN’
ungkapan ini adalah perkataan warisan (inherited) dari perkataan menyirap tadi. ianya tercipta kerana ada yg bosan dengan menyirap dan tukar kpd oren. maka, terhasilah perkataan ini. fungsinya masih sama dan cara penggunaannya pun sama je.

GABAN

ni laa dia space cop gaban

sapa yg masih kecil ketika tahun 80-an dan 90-an mesti penah dgar citer budak space cop gaban. kira superhero laa makhluk ni. citer dari jepun, mungkin depa busan dgn otromen kot. perkataan ni digunakan utk menyatakan sesuatu yg teruk atau pun buruk. kenapa gune ‘gaban’? aku pun tak pasti. mungkin ada yg anti gaban kot. cth : “semalam bos aku suh sambung keje, wat OT. dah tahap gaban aku dah masa tu”. camtu laa lebih kurang.

CHAPLES
perkataan ini selalu digunakan di kawasan lembah klang terutamanya nya KL dan area keramat. negeri lain aku tak pasti lak. bila kawan kita ada yg cerita sesuatu yg agak tak logik, tak masuk akal, tak benar, rekaan atau tuduhan melulu, kita yg mana dpt mengesan tindakan tersebut, bolehlah menyeru perkataan ini dgn sederhana kuat atau pun kuat gile sambil menepok dibahagian blkg kepala tmpt yg bertemu tengkuk atau lebih mesra iaitu medula oblongata. kekuatan tepokan itu terpulang kpd si penepok tuu. rasa cam tak pueh ati, tepok kuat skit. rasa cam biasa2 jer, tepok main2 jer. tapi awas! jgn tahap raba. bahaya beb.
cth:
AA : wei… aritu wa nmpak lu jalan dgn minah tuu sambil pegang tangan tuuuu…”, kata AA dgn berniat utk mengkantoi kan BB sambil menambah perisa kpd ceritanya itu.
BB : “CHHHAAAPPLEESSSS!!!!”, jeritan diikuti dgn tepokkan tepat ke medula oblongata AA memberi isyarat yg cerita AA itu hanyalah konspirasi semata-mata.

RUMBLE
budak skolah aku jer tau amende rumble ni. tak tau la plak kat skolah lain. perkataan inilah yg menjadi kesukaan dan juga boleh jadi perkataan yg paling dibenci masa skolah dulu. perkataan ini digunakan utk mengucapkan selamat hari jadi kat kawan2 mhupun musuh ketika waktu skolah cara lelaki yg jantan. hahahhaha. nampak ok laa kan apa salah nya bukannya sakit kan. haaaa!! sakit lah… betul. cane lak tu?? macamni… sekiranya tarikh hari tersebut adalah bday si AA tu, dan kalau si BB ni jerit perkataan rumble masa di skolah, maka AA ni akan dilanyak di tahap adeh-tapi-masih-boleh-tersengih oleh sapa2 yg berada disekeliling AA masa tu. cth:
BB : “RUUMMMMBBLLLEEEEE!!!!!“, jerit BB sambil menerkam AA yg sudah selesai menikmati nasi lemak 50sen di kantin sekolah ketika rehat.
budak2lain : “RRUUUUMMMMBBBLLEEEEEEE!!!” , juga menjerit dan menerkam serta melanyak ke arah AA walaupun tak pasti sapa yg mereka lanyak sebenarnya. mungkin AA, mungkin BB, CC, JJ, YY, atau mereka sendiri.

LEMAU
ramai yg tahu perkataan ni yg membawa maksud brg makanan yg sudah masuk angin spt biskut, keropok dan brg2 yg

kalu ada teh ker kopi, lemau pun lemau la

sewaktu dgnnya. namun, hasil kekreatifan budak2 masa itu, perkataan ini juga boleh digunakan ke atas org ramai. ini digunakan utk menggambarkan org itu sgt lembab, tuli, pemalas tahap gaban, atau bengong. cth : “aku dah pegi jumpe si mus tu. lemau dol mamat tu”.

BAGAK
perkataan ni digunakan utk menggambarkan sesuatu yg cukup besar atau lebih besar dari besar. perkataan ini terkenal dikalangan rockers2 kapak  masa dolu tu. cth : “bagak siot enjin harley davidson ni”

BAPAK
sepertimana yg kita tahu, perkataan ini adalah kata ganti nama ketiga yg sama maknanya dgn perkataan spt ayah, abuya, daddy, abah, pappa dll. tapi ia juga digunakan utk memberikan impak yg lebih besar atau kuat kpd perkataan yg diikuti selepas nya. kira, perkataan nii sejenis kata penguat la cam ‘paling’, ‘sangat’, ‘ter’. cth : “semalam wa pegi KL, wa nampak ada mamat ni minum air coke botol. bapak besar botol tuu, wa ckp lu”

BALAK

yg ni aku tak sure plak dah nak pupus ke idak. perkataan ini slalu dirujuk kpd boyfriend. tak payah nak explain pjg2 sbb perkataan ni popular sgt2 dah.

CEPAI

moto kegemaran ramai

apa yg cepai?? bersepai ker?? bukan… ia adalah kata ganti nama bagi moto favorite korg tuu, honda EX5.  kalau nak ditunjukkan transition nya kpd cepai, camni, kalau disebut EX5, akan berbunyi begini “eiei-eks-fai“. so, kalau korg sebut cpt2 dan jawa kan skit lidah tuu, gerenti bunyi nya akan jadik “eieicepai“. jadi, budak2 ni nak senang, sebut je la cepai tuu. hehehhehe

WAK LU
perkataan ini juga adalah utk mencarut la. tapi diolah supaya lebih lembut dan molek dgn adat ketimuran tanah melayu ni. kalau tak pueh ati dgn org atau kawan2 kita tuu, leh la sebut perkataan ni tanpa menambah keruhkan suasana itu. tapi jgn diamalkan. tak baik.

KANTOI / KANTOL
perkataan ni paling popular ni. aku tak pasti laa mana satu yg betul sama ada kantoi atau kantol. dlm jawa ada lagi 1 yg nak seakan-akan tapi aku tak nak mention kat sini hehhehe.  apa2 pun perkataan ini digunakan ketika seseorang tuu telah pecah tembelang nya. maknanya, jika dia dlm keadaan menipu seseorang, dan tak sengaja terpecah tembelangnya, maka itulah dikatakan “kantoi

SIAL / SIOT
kalau nak diikutkan istilah sebenar perkataan ini, mmg lah 18SG rate nya tu. tapi ia seringkali digunakan utk menambah perisa kepada keseluruhan ayat yg disampaikan. macam suku kata “lah” tu laa. merata digunakan “lah” ni. cth1 : besar siot baju yg awek tu bagi kat aku aritu”. cth2: “ngeri sial aku tgk eksiden tadi kat trafic lite tu”

HAMPEH
perkataan ini diwarisi dari perkataan hampas kelapa yang membawa maksud sesuatu yg takde gunanya atau tak berguna langsung. aku rasa perkataan ini dicipta dari org perak sbb kalau ikut slang, hampas tuu jadiknya hampeh. dan sebutan yg menjadi ikutan adalah hampeh. kalau nak lebih tragik lagi, perkataan ini bleh ditambah menjadi hampeh nyiur. ironi nya, hampas kelapa yg sebenar masih lagi berguna dan cukup berguna kpd manusia sejagat.

KURENG
perkataan asalnya adalah ‘kurang’ dan ungkapan asal adalah ‘kurang asam’. korg pun dah fimiliar dgn kurang asam tu kan. tapi perkataan asam digugurkan dan huruf ‘e’ menggantikan ‘a’ dlm perkataan ‘kurang’ telah dibuat demi memelihara kesopanan ketika penyampaian. so, kalau sebut kureng tuu lebih manis laa dari kurang asam atau kurang ajo atau kurang sivik.

KANAK2 RIBENA
ungkapan ini digunakan utk menggambarkan perilaku atau perangai terhadap seorg dewasa yg masih terikut2 zaman kekanakkan mereka. ia digunakan utk menjadikan proses teguran itu disampaikan dgn lebih halus dan berkesan. cth : “iskk kau ni dah tua bangka pun nak main teng teng. macam kanak2 ribena la”. sudah pasti ungkapan ini diciplak bulat2 dari iklan ribena masa lampau. namun, sekiranya teguran itu masih tidak memberi apa2 kesan, ada lagi ungkapan yg seumpama ini tetapi adalh tidak molek utk disiarkan di blog ini. hehehhe

BENGANG
perkataan ini merujuk kpd perasaan marah seseorang itu, bukan nya bengang yg kat dlm telinga tuu. kalu sebut marah, cam tak best jer kan. so, sbut laa bengang. baru macho lagi up to date skit. hehehhe. cth : “wa bengang betul la dgn awek jual bihun goreng tu. selalu bungkus wa punya lambat.”

BENGKEK
perkataan ini pun membawa maksud yg sama dgn ‘bengang’ tadi tuu. aku nak terang kan sebutan tuu payah skit. ‘bengkek’ ada 2 suku kata; ‘beng’ dan ‘kek’. utk yg #1; sebutan ‘beng’ tuu sebut mcm ‘beng’ yg dlm bengang tu. paham? ok, yg suku kata #2 lak; ‘kek’ tuu jgn sebut cam ‘cake’ tu. tapi sebut cam ‘ke’ dlm perkataan ‘kekal’… tambah ‘k’ kat ujung. sambungkan la 2suku kata tuu. dia cam bengkak la tapi ‘e’ kat blkg tuu lain skit bunyinya.

POKAI
perkataan ini membawa maksud takde duit. kira dah ujung bulan tapi gaji lum masuk. so, kering laa poket masing2. dlm kata lain; pokai. cth : “shopping kemendenya, aku dah pokai nii beb”

MASYUUUKKK
perkataan ni berasal dari ‘masuk’. tapi dah di perhebatkan sebutan dan cara nak sebut tuu kene emo (emotional) skit. lagi bagus kalau leh wat aksi2 yg berkaitan dgn ceritanya. perkataan ini selalu digunakan utk menyatakan dapat nya wang yg byk atau lebih dari skit. ataupun sesuatu yg ngam dan sesuai. cth : ” iskkk kalau ada daun limau purut dlm ayam goreng siam kau ni, baru laa maaassyyuuuuukkk“.

begitu laa sebahagian perkataan yg aku rasa diambang kepupusan. ada lagi ka?? kalau aku tertinggal, korg tambah laa kat komen tuu k. thanks for reading…

Perihal mr_ajim

Aku orang biasa. Sudah beristeri dan ada 2 orang anak. Bekerja sesuatu yang aku sendiri tak suka.

Posted on 27 April 2010, in Pengalaman, Perihal Rakyat. Bookmark the permalink. 5 Komen.

  1. hahhhahahaa……. macam2 kan…ase ade lg cume tak sure lak ingat tak ingat jek….

  2. koman=cikai=kudi
    mungkin x berapa femes kat beberapa tempat, tp pernah di gunakan beberapa lama dahulu…koman & cikai & kudi ni digunakan tuk memperlekehkan org dari pelbagai segi..
    cth: ek elleh….org x pki dh hp batu bata ni, koman btui la ko ni..
    atau..
    ape punye kudi la…aiskrim pop pun xde jual…

    begitulah adenye…..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.