Greatest Ever Sports Car
Baca je tajuk post aku kali ni ramai yang tertanya-tanya kereta sport apa yg terbaek. yeaa betul. kali ini aku nak cerita tentang 10 kereta sport terbaek yg ada di pasaran. sebenarnya ranking ni bukan aku yg buat sesuka hempedu aku je. tapi aku nak cerita balik dari apa yg aku terlihat di satu slot di dalam channel discovery kat astro nuu. tajuk slot tu adalah “The Greatest Ever” dan secara kebetulan masa aku tengok tu episod sports car. aku pun layaaaannn. aku terpikir gak dari mana depa ni dpt idea nak wat carta ni, maksud aku, cane nak letak keta apa kat tangga 10 atau tiga atau yg pertama. depa kata dgn menemuramah beberapa individu yg bergiat atau berkecimpung dengan mendalam lagi rapat dlm dunia kereta ni yang mana terdiri daripada bekas pemandu F1, pelumba terkenal, peminat kereta, pengumpul kereta, wartawan kereta dan juga pengkritik kereta. nama pun dah discovery channel, sudah tentu la org2 tadi tuu semua org puteh la. komen yang bias? mungkin. tapi kalau korg tgk dan dgr sendri, mungkin boleh tau sama ada diorang ni bias atau tak.
ok lah, aku nak start cite ni. kita mulakan dgn kereta sport terbaek yg di tangga ke sepuluh (ke – 10). biasakla nak bagi dramatik skit penyampaian aku ni, kene la wat ala ala countdown gitu. hehehe. ok, tangga ke 10 ada LAMBORGHINI COUNTACH. sapa kenal keta ni, angkat tangan. aku kenal dan aku penah tgk depan mata gak kat malaysia ni. keta sport ni kat tangga ke 10 sbb pembuat nya telah mengangkat martabat kereta sport. keta ni dikeluarkan pada tahun 1980-an dan masa tuu keta sport tak byk dikeluarkan dan ia juga menampilkan design yg luar biasa tapi menarik. tapi yg penting, keta nii dpt menarik org ppuan yang tak tau pasal keta. omputeh kata “chic magnet” laaa. kalau mamat ni drive keta ni dan kenyit mata kat mana awek, gerenti leh dpt la, tak payah susah nak ngayat. hehehe. performance? ok lah. but at that time, it was superb.
next!! on 9th place was NISSAN SKYLINE R32. yup skyline gtr tu laa. kpd peminat keta jepun (terutama skyline ni) sure menyirap sbb ada kat tangga 9. bagi peminat keta continental plak (keta omputeh laa – around europe) akan pikir apa kelas keta jepun leh masuk carta ni. hahahaha. apa2 pun depa nak bagi adil laa. skyline ni leh masuk carta sbb kebolehan atau ke’terra’an enjin keta ni yg boleh di tune-tune cam radio keta. mana taknya, enjin standard yg 145hp leh tune-up jadi 500hp dengan hanya guna laptop jer. gile apa jepun ni. lum tuko piping, masuk twin turbo, piston, bearings dan lain2. tapi flop nya, design (depa kata laa). mmg la amik yg R32. cuba yg latest, gerek tuu… hehhe. depa puji keta ni sbb teknologi jepun yg cukup advance dan praktikal. kalau tak, takkan kancil leh pump horsepower smpi 200 lebih.
seterusnya tangga yg ke 8 adalah CORVETTE STINGRAY. keta ni terpilih sbb enjin nya yg power. asal2 nya in-line 6 cylinders. but after a few years, they upgraded it to a larger engine, V8. masa tuu takde lagi enjin yg v-shaped ni. aku rasa laa sbb depa dok emphasised V8 tu tak abih2. enjin 6 silinder tuu tak ckup power, well u know americans, they like the raw power of an engine, aggressive looking car. so, that is why they wanted bigger engine but didnt want to modified or make changes to the original body. then, came up the idea of v8 engine. huge power but small enough to fit into the bonnet. design? bagi aku tak lawa pun, tapi depa kata cukup lawa. ada yg tak setuju.
di tangga ke 7 adalah ASTON MARTIN DB5. yeeeaaaaahhh ini laa keta idaman bapak korang masa depa muda2 dulu laa yek. aston martin ni sbnarnya pembuat kereta yg biasa jer, macam proton dan perodua la. kereta utk kegunaan biasa. tapi ntah nape si tokeh tuu tingin plak nak wat keta sport. sure staf dia kata buang tebiat ker org tua ni. tapi dalam “proper english” laa kan. apa yg best keta ni? takde yg best. beetuuulll bro. takde yg best. ia cuma jadi popular sbb keta nii laa yg james bond pakai. lepas kuar wayang, booommmm!! keta ni jadi popular. ada sorg pengumpul kereta kat UK, dia ni org bangsawan laa sbb nama dia ada ‘lord’ kat depan. dia mmg memiliki DB5 ni, dan dia sendri komplen keta buatan british ni, sbb macam2 function yg tak functional. wiper – out, window – out, clutch – out, brakes – out. dia kata umpama “indah kata dari rupa”.
seterusnya; MERCEDES GULLWING. masa gull wing ni di keluarkan, memangla sebuah keta sport yg lain dari yg lain. yg aku maksudkan adalah rekabentuknya; pintu sayap. bile dedua pintu dibuka ke atas, nampak macam keta nii ada sayap. nasib baik tak leh terbang. tak tau laa kalau kau teran 180kmj phtu buka dedua pintu tu leh terbang kot. yg penting, ia adalah keta pertama yg mempunyai pintu dibuka keatas. bukan itu shj, org german ni pandai utk bagi keta mereka ni praktikal. oleh kerana kereta sport ni kecik dan sempit, agak masalah bagi pemandu ppuan yg berskirt utk masuk dan memandu. jadi, depa dah wat stering yg bagak tu boleh diteleng atau dilipat ke atas bagi memudahkan org pompuan masuk dan duduk di kerusinya. enjin pun power gak sbb top speed nya pun ikut trend masa tu iaitu 180batu/jam. dalam unit kmj korg kira sendri laa tapi mmg laju laa utk ketika dulu tu.
di tangga ke 5, FERRARI ENZO. sure ramai yg heran atau tak percaya nape keta ni kat tmpt ke-5 dan bukan yg pertama. hahahaha. byk komen2 yg si ditemuramah tu kata, keta nii tak menepati aspek sebenar sebuah sport car yang membawa maksud kecil, laju tapi masih seronok dipandu (bukan ngeri). tapi ferrari ni dah terlalu power sampaikan nak merasa kehebatan keta tersebut rasa cam nak mati. korg pun tau kan keta ni guna enjin F1. jadi kalau dah ada enjin F1, takkan nak bwk setakat 180kmj jer bro. tak asher laa bro. baik drive proton putra jer. so, dgn enjin F1 kene laa drive laju yg tak hengat punya. amacam, ada bran (berani)? kalau berani skalipun nak drive sampai 250kmj, kat mana bro?? hiway mana?? plus hiway? federal hiway? auto bahn (jerman)?? belum tentu beb. design nya mmg garang laa. lebar semacam, ye la nak bagi stabil at high speed, macam2 lubang ada air scoop la, lubang angin la, lubang idung la. bagi mereka yg dah tak tau nak buat apa dgn duit, ini lah keta yg molek sgt utk dibeli.
Seterusnya di tangga ke-4, JAGUAR E-TYPE. jaguar kalau kat malaysia ni terkenal dengan gaya eksklusifnya yg sesuai dgn bos-bos dan tokeh2 hangpa. enjin kapal terbang dan turbin empangan hidroelektrik, jaguar jugak yg supply. namun, depa ni keluarkan juga keta sport. tak salah aku byk komen dari interviewee tu kata keta ni sebuah keta sport yg berpatutan harganya. ntahla, aku pun tak pasti baper harga yg dimaksudkan tu. dari segi rupa nya, hmm payah nak kata. bukan tak terkata (speechless) tapi tak tau nak kata ape. hehhehe. bagi aku mmg tak lawa la. tapi taste org lama suke laa kot. dan seperti biasa keta Jaguar ni mmg akan diletakkan enjin yg bagak2 (beso ler). pasan tak betapa panjangnya bonet nye itu.
yeaaaaa 7 kereta dah diulas. tibalah masa utk tau ‘top three’ bagi “The Greatest Ever Sports Car”.
Di tempat ketiga adalah MCLAREN F1. masih ingat keta ni?? satu2nya keta spot yg ada 3 tempat duduk. ye betul… 3 tempat duduk. sport car lain semua 2 jer (two seater). tapi yg ni lain dari lain. cane rupanya 3 tempat duduk? driver berada ditengah2 cockpit dan passengers kat kiri dan kanannya tapi ke belakang skit. tak paham kalu, google laa image keta ni. sudah tentu teknologi yang digunakan adalah dari F1. keta ni dikeluarkan pada tahun 1990-an. pickup dan top speed mmg tak hengat. tapi kureng nya satu jer tang seat tadi tu. kalau mamat tu nak bawa awek nya jalan2, awek tu kene dok blkg dari driver tuu. apa ke haey nya? kalau mamat tuu ada 2 bini mmg sesuai la keta ni. memang dasar playboy (play-boya). hahahah.
tempat kedua adalah MAZDA MIATA. what tha hell??!?! u gotta be kidding me!! ngarut betul depa ni wat judgment. isk isk iskkk. for me, this is the last car that i would buy. bio aku explain skit kat hangpa yg tak kenal dgn keta ni. keta ni kecik jer. aku rasa sama panjang dgn kancil jer ni. enjin nya takdela dasat dan takde plak macam lagenda. design pun cam nak tak nak buat keta jer pun. tapi tujuan nya adalah sports car. 2 seater, body ringan, sudah tentu laju, mudah dipandu, dan fun to drive at whatever the speed you drivin’. oleh kerana sebab2 yg mencerminkan sebuah keta sport inilah yg membuatkan keta ni berada di tempat kedua. kalau nak diikutkan dari dulu lagi keta sport yg otai2 semua kecik2 jer. tak la lebar mcm ferrari, tak la berat mcm skyline, takla enjin gila2 cam mclaren F1.
wooraitt… tiba masa nya utk keta yg memegang takhta “The Greatest Ever Sports Car“; iaitu PORSCHE 911. hahaha yes yes yesssss. ni keta favorite aku bro. dream car. cair tgk keta ni. nak sebut nya; porsche-nine-eleven. porsche mmg pengeluar keta sport yg terulung dari dulu. porsche penah dpt title “the
fastest sports car production in the world“. maksudnya, satu2nya produksi keta sport yg terpantas di dunia. porsche keluarkan macam variasi keta sport nya ni. yg dah siap tune utk racing kat track pun ada depa jual; namanya porsche GT3. enjin nya pun unik, dipanggil boxing engine, yakni piston berada dalam keadaan melintang / mendatar (horizontal). keta lain piston menegak (vertical). hanya porsche jer yg gune enjin cam ni sbb utamanya untuk merendahkan lagi titik graviti keta tersebut. masa awal2 keta porsche dikeluarkan, problem yg jelas adalah oversteer, iaitu bila cornering bahagian belakang keta akan membuang. dalam kata lain, slalu drifting la. kalo kaki drift sonok
dapat keta ni tapi utk keta yg highspeed, ketika drifting, kelajuan keta akan berkurangan, dan average speed juga akan berkurangan. tapi pengeluar porsche begitu obses dgn keta ini, pelbagai perubahan / modifikasi dah dibuat utk menyelesaikan masalah ini. porsche juga serius perlumbaan ‘Le Mans’. harga nya pun cukup dasat. paling murah tak salah aku rm400ribu. tapi aku rasa mmg pueh ati walaupun mahal sbb pakej nya cukup lengkap dari segi design, performance, comfort, stylish dan accessories.
begitu lah 10 kereta sport terbaek yg dah diringkaskan oleh discovery channel. aku share kan ajer. namun, yg membeli nya kita2 ni. tak kesah depa nak kata keta apa best skali pun, asalkan kita minat mana2 keta, duit pun ada, beli aje. kalau takde duit, kita ‘beli’ impian saje lah. hahahah apa-apa pun memandulah dengan cermat dan bertimbangrasa.
p/s: memandu keta dgn slow mmg bagus tapi jgn di lane laju. itu bukan timbangrasa, tapi kurang rasa asam a.k.a kurang asam dan pentingkan diri sendri
Posted on 22 April 2010, in Kereta, Technologically Speaking and tagged greatest sports car, kereta best, kereta power, kereta sport. Bookmark the permalink. 1 Komen.













oooohh ini la kisah tu yer… haha i like2! takpe2 nti kalu de kt tgok sama2 ekkkkk