Arkib Bulanan: November 2009

Just Face It, You’re Not An I.T. Guy…

siapakah kita ini? ada org kata abg kita lakukan atau kerjakan setiap hari, itu lah kita. ada yg kata, dengan siapa kita berkawan, itulah kita. ada jugak org kata, apa dan bagaimana kita berfikir itu adalah kita. mana satu yg kita nak ikut??

kita sekarang dah meningkat dewasa dan semua dah bekerja. yelakan utk mengisi dompet kita yg jadi nipis setiap 10 hari selepas gaji. purata manusia bekerja selama 10jam sehari. adakah apa yg kita lakukan dlm kerja itu, mencerminkan kita? kau keje welding besi, betul ker kau diiktiraf utk dikatakan org welding. kau keje IT, sanggup ker kau wat keje it tuu spnjg masa, spnjg idup kau. ada yg dah keje 15tahun sbg pengusaha tanaman sayur2an, tapi masih ingin kan kerja lain. kenapa perkara nii terjadi??

aku dah berkecimpung dlm dunia pemprograman komputer sjak di bangku sekolah menengah lagi. dah 13 tahun aku blajo IT ni. aku keje 3 tahun dlm dunia IT. last last, aku sendri tak mampu utk mengusahakan IT ni. aku rasa sedih sbb membazir masa aku yg blajo tu dulu krn tak dpt trus kan aktiviti dlm pengkomputeran ni. aku dah lama hidup dgn komputer, pasti akan merubah cita2 utk menjurus ke arah itu. cita2 aku asalnya cukup berbeza dgn arena IT atau pun kerja yg aku buat skang ni.

dulu aku cemerlang dlm akademik IT. aku jadi pakar rujuk oleh sahabat2 seperjuangan. aku sedia memberi tunjuk ajar, aku suka. tapi di alam kerjaya, tak tau laaa, aku jadi hilang punca.

umo dah lanjut. nak patah balik dah terlambat. nak beralih angin, macam tak sempat. nak berniaga, masa tak sesuai. adakah ini yg dinamakan “nak seribu daya, taknak seribu dalih”???

lagi sekali dalam kehidupan aku yg serba kurang dan serba singkat ini, aku hilang punca dan arah…. semoga Allah dpt menghulurkan bantuan kpd aku.

Telur ker Telor?

ada hari-hari yg lepas, aku bersembang dgn bapak aku. dari satu tajuk ke tajuk yg lain. sampai yg tajuk ni, aku terasa nak ceritakan di blog aku ni. ia bermula dengan nama satu tempat di kulim, kedah; iaitu kelang lama. kalau bkn org kedah, mereka akan menyebutnya kelang lama. alaa cam jln kelang lama, klang gate, ulu kelang dsb. tapi sebutan yg betul nya berbunyi; kilang lama. begitu juga satu tempat lagi di kedah iaitu bedong. org yg tak biasa akan sebut bedong laa. tapi yg sebenarnya adalah bidong. abih tuu kenapa gi eja ‘e’?? letak ler ‘i’ kan?? tak laa org lain salah sebut.

hidupkan semula jawioklah… kisah nya macam ni. dulu masa zaman sblm penjajahan, tanah melayu ni menggunakan huruf jawi sbg penulisan. huruf rumi (hangpa tau dak huruf rumi tuu apa dia?? -tak tau, pi skolah) ni muncul ketika penjajahan inggeris di tanah melayu. masa inggeris masuk, depa watkan skolah yg mereka kata pendidikan rasmi laa. masa tuu skolah pondok2 nii tak rasmi. ampeh tul omputih nii. skolah omputih pertama takkan korg tak tau, tentulah penang free school. sebut betul2 “free school” bukan preschool…. tu skolah katun. omputih dgn huruf rumi nya, org melayu dgn jawi nya. kat skolah2 ni ada subjek bahasa melayu. sapa cikgu nya? sudah tentu laa si mat saleh tu yg ajar. dia lah yg tukarkan jawi kpd rumi. korg pikir proses penukaran ni lengkap atau tidak? sudah tentu la tidak. sbb org yg buat mende nii bukan org yg cintakan bahasa melayu. jadi, kerja nya itu “cincai boncai“.

pertimbangkan yg berikut:

  1. sepak – ejaan sama, sebutan lain2, makna pun lain2. satu bermakna penampar, satu lagi terajang.
  2. semak – ejaan sama, sebutan lain2, makna pun lain2.
  3. telur – ini adalah ejaan rasmi, sebutan bukan telur, tapi telor.
  4. teknologi – sebutan adalh teknoloji.
  5. byk lagi laa kalau aku nak senaraikan kesilapan2 dlm bahasa melayu ni dari segi ejaan dan sebutan.

untuk kes yg #1 dan #2 tuu, dimana huruf e boleh membawa 2 bunyi (korg pun tau cane nak bunyi kan nya). kenapa kita tak pertimbangkan penggunaan huruf e bertanda. cth, e yg biasa dan รจ utk bunyi lagi satu. dgn cara ni, masalah salah faham dan salah sebut dpt diselesaikan. cth ayat: “apalagi, aku pun sepak la budak tu”. agak2 korg apakah makna yg nak disampaikan dari keratan ayat tadi tu. adakah ‘aku’ nak terajang? atau tampar ‘budak tu’?? kalau dgr dari sebutan seseorg kita boleh tau yg mana. tapi kalau kita baca dari novel atau buku, yg mana satu maknanya??

kes #3 dan #4 tu plak dtg dari masalah sebutan. yela kita dari kecik dah biasa diajar sebutan telur tuu jadi ‘telor’. malah zaman moyang kita dulu pun dah begitu. tambahan lagi dgn sebutan mengikut negeri yg ada slang2 tertentu. cth kat kedah – teloq. cth sebutan makan; tganu – makang, kelantan – make. dulu masa aku sekolah ada kempen yg nak menerapkan budaya sebutan baku. apa yg terjadi adalah sebutan jadi pelik. mmg lah pelik sbb mende baru. menda yg lain dari yg kita biasa. mmg ler terasa lain nya. kene laa paham. tetapi akhirnya, kempen tuu pun terkubur begitu shj.

“bahasa budaya bangsa” itu lah kempen zman tok kadok lagi dah ada. tapi tak de prubahan yg memberansangkan. kat msia ni ada satu badan atau persatuan yg ingin memartabatkan bahasa melayu. alhamdulillah, kerana wujudnya persatuan ini tapi dari dulu sampai skang ni hanya 1 sukses yg dah ditempa iaitu; menukar balik pembelajaran subjek matematik dan sains dalam bahasa melayu. kata nya utk memartabatkan bahasa melayu. itu jer laa yg depa wat pun. hakikat bahasa melayu ni yg byk kekurangan ni takde pun usaha2 yg dibuat. mengarut lah depa nii.

utk org2 yg cam ni aku nak nasihatkan, jujurlah dalam perjuanganmu. bahasa melayu ketika dahulu penah menjadi bahasa komunikasi antarabangsa kerana melaka tmpt berdagang. sepatutnya bahasa melayu nii sempurna tetapi kebenarannya bahasa melayu menjadi mundur atau seperti bahasa yg muda atau baru.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.