Betul Ke Datang Untuk Beraya? -Part Two
sepertimana bahagian pertama, aku nak bercerita isu yg timbul ketika berhari raya. macam tajuk yg lepas, kita suma tau mengenai tetamu kanak2 yg dtg beraya ke rumah kita walaupun saling tak kenal. kita nii yg dengan semangat raya yg sebenarnya, telah berbesar hati utk mbuka pintu dan mempelawa mereka ini masuk. niat kita cukup baik dan mulia, iaitu melaksana agenda beraya dengan mengeratkan silaturrahim sesama Islam. kita, tanpa prejudis dan syak wasangka, menganggap budak2 nii berniat baik dan berdaya usaha untuk berkunjung ke rumah org yg dia sendri tak kenal untuk bersama2 kita dlm melaksanakan tujuan beraya tadi tu. akan tetapi, pada kebenarannya, tujuan mereka itu mudah melencong.

pada raya lepas, rumah mak aku mmg open laa utk bebudak mana ntah dtg braya. masa tuu adik bradik n ipar suma ada laa kat rumah. ada 1 grup nii dtg braya, yg di layan oleh mak aku. selepas depa ni disuruh duduk di ruang tamu, kuih raya pun dan terhidang kat situ, mak aku pun masuk dapur nak buat air. ada sorg budak nii nak tumpang tandas, kakak ipar aku pun bagi laa dan bagitau tandas kat mana. jalan nak ke tandas tuu ada 1 meja dan atas meja tuu henpon kakak ipar aku ni letak kat situ. henpon tuu takde laa mahal dan dah lama dah guna pun. kakak ipar aku nii lepak kat ruang makan yg mana terlindung dari ruang tamu tetapi ditengah2 laluan nak ke tandas tadi tu.
mak aku pun dah setel jamu budak2 ni dgn air oren. bdk yg g tandas tadi tuu pun tergesa2 nak balik. mak aku heran sbb slalunya budak2 nii tak akan blah slagi kita tak huloq duit raya. tapi mak tetap suh tggu sat utk bagi duit raya. mak aku pun amik dan bagi duit raya kat bdk2 ni.

air oren penghilang dahaga
dah selamat budak2 nii blah jauh2, kakak ipar aku ni pun nak laa cek henpon nya. dia pun g kat meja tuu, tgk2 henpon dia takde. puas mencari 1 rumah tetap tak jumpe. guna henpon abg aku utk call henpon dia tapi masuk voice mail, maknanya henpon tuu off. mmg syak dah budak2 tadi tuu yg amik. camna leh syak depa tuu; #1: henpon tuu baru jer diletakkan kat meja tuu ketika budak2 nii sampai / masuk umah, #2: semasa budak2 tuu berada di rumah tu, ada sorg budak drp grup tuu yg lalu situ utk pegi tandas, #3: budak yg pegi tandas tu tergesa2 nak balik smpai tak tggu duit raya dah. aku rasa 3 tindakan / situasi nii dah cukup bukti utk tau mana pi henpon kakak ipar aku tu.
skali lagi aku terkilan dengan adat dan adab budak2 ni dtg braya rumah org. dah laa niat dtg tuu nak duit raya jer, ni siap ‘makan tepi’ lagi. isk iskk issskk… per laa nak jadik. dah tak tau malu dan segan, dah tak tau betul dan salah. dalam hal ini mak bpak kene main peranan dlm mbentuk sahsiah kanak2, bukan sekolah semata2. mak bapak tak boleh lepas tangan dalam membesar kan anak2. kene ajar adab2, mende baik kita buat, mende jahat kita tentang. ajar mende baik jer pun tak bleh, sbb dia tak tau apa yg dia buat nanti tuu jahat idak. kene ajar mende jahat jugak, bukan utk dibuat tapi utk dijadikan panduan bahwa yg sekian2 nii perbuatan jahat dan perlu ditentang.
byk dah kesah2 camni (tak semestinya yg pasal raya ni) yg aku lihat n dgr, dan ini memberi ilmu aku dlam mendidik anak aku supaya menjadi org yg berguna, bagus, amanah. aku harap kita dpt mencerna kejadian2 buruk org lain supaya kita boleh membangunkan masyarakat yg lebih berkualiti, amanah dan jujur dari taraf pemimpin sehinggalah ke taraf yg penganggur. skang ni terlalu ramai yg materialistik sehinggakan melampaui batasan perikemanusiaan. biar poket tahap ketiga, asalkan budi pekerti bertaraf 6bintang.






Posted on 5 Oktober 2009, in Keadaan Semasa, Pengalaman, Perihal Rakyat and tagged air oren, budak datang beraya, datang beraya, handfon kene curi, nak duit raya, open house, raya. Bookmark the permalink. Tinggalkan Komen.
Tinggalkan Komen
Komentar (1)