Golongan yang wajib menunaikan zakat fitrah

Assalammualaikum.
salah satu rukun Islam adalah menunaikan zakat. zakat bertujuan utk menolong org-org miskin.

Tangan yg memberi lebih baik dari menerima

zakat ada pelbagai jenis, dan salah satunya zakat fitrah yg diwajibkan ketika bulan ramadan.

ramai yg dah tau zakat fitrah ni wajib dan waktu-waktu yg boleh seorang muslim itu menunaikannya. tetapi aku rasa ada ramai yg tak berapa pasti mengenai siapa yg patut mengeluarkan zakat tuu. golongan yang mana patut keluarkan zakat? ayah / bapak ker? isteri yg keje pun nak kene bayo zakat ker? bukan laki dia dah bayo kan. anak-anak bujang / dara yg dah kerja tapi masih dok dgn mak bapak kene bayo sendiri ker?
jadi, sebelum kita timbul perasaan was-was (was-was ni amalan syaitan), baiklah kita ilmukan dada kita supaya kita jadi muslim yg lebih berkualiti.
berikut aku rumuskan dlm bentuk point form (supaya senang baca) golongan mana yg wajib tunaikan zakat fitrah. Bacalah!!!
1. Suami tidak mampu, isteri tidak mampu. Suami isteri tidak wajib bayar zakat fitrah.

2. Suami mampu, isteri tidak mampu. Suami membayar zakat fitrah untuk diri dan isterinya.

3. Suami mampu, isteri mampu (memiliki harta atau bekerjaya). Suami membayar zakat fitrah untuk diri dan isterinya. Akan tetapi zakat tahunan isteri dibayar oleh isteri itu sendiri.

4. Suami telah menceraikan isteri tetapi masih menanggung nafkahnya. Suami membayar zakat fitrah untuk dirinya dan untuk isteri yang telah diceraikan itu.

5. Suami tidak mampu (miskin, muflis, kena PHK), isteri mampu. Isteri membayar zakat fitrah hanya untuk dirinya sendiri.

6. Ibu bapa dan anak tidak mampu. Kesemuanya tidak wajib bayar zakat fitrah.

7. Ayah mampu, anak tidak mampu. Ayah membayar zakat fitrah untuk anak-anaknya.

8. Ayah mampu, anak mampu (biasiswa pendidikan, sudah bekerja). Masing-masing membayar zakat fitrah untuk dirinya sendiri.

9. Ayah tidak mampu, ibu mampu, anak tidak mampu. Ibu membayar zakat fitrah hanya untuk dirinya.

10. Ibubapa tidak mampu (tua, telah bersara), anak mampu. Anak membayar zakat fitrah untuk diri dan ibubapanya.

kredit gambar kpd mahdi.blogspot.com

11. Ibu sedang hamil. Tidak wajib membayar zakat fitrah untuk anak yang dikandung. Akan tetapi kebanyakan ilmuwan menganjurkannya berdasarkan tindakan para sahabat. [‘Abd Allah bin ‘Abd al-Rahman al-Bassam – Taudih al-Ahkam min Bulugh al-Maram (Maktabah al-Asri, Mekah, 2003), jld. 3, ms. 375].

12. Penjaga dan anak yatim piatu tidak mampu. Kesemuanya tidak wajib membayar zakat fitrah.

13. Penjaga mampu, anak yatim tidak mampu. Penjaga membayar zakat fitrah untuk dirinya dan anak yatim piatu jagaannya itu.

14. Penjaga mampu, anak yatim piatu mampu (memiliki harta warisan). Penjaga membayar zakat fitrah untuk dirinya dengan hartanya sendiri. Kemudian membayar zakat fitrah untuk anak yatim piatu jagaannya dengan harta anak yatim itu sendiri.

15. Penjaga tidak mampu, anak yatim piatu mampu. Penjaga tidak wajib membayar zakat fitrah tetapi membayar zakat fitrah untuk anak yatim piatu jagaannya dengan harta .

Dan adalah ia menyuruh keluarganya mengerjakan sembahyang danmemberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya! (Maryam 19:55) |

Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat. (Luqman 31:4) |

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Al-Baqarah 2:277) |

Kadar Zakat Fitrah Malaysia 2011

untuk lain-lain isu berkenaan zakat fitrah dan zakat-zakat yang lain, layari;

LAYU

LAYU

Sesungguhnya,
Tidak ada yang lebih menyayat,
Dari melihat bangsaku dijajah,
Tidak ada yang lebih menyedihkan,
Dari membiarkan bangsaku dikhianati. – puisi dari Tun Mahathir

Aku lihat LAYU dalam melayu,

Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak,
Ada juga bercadang bertanya tuan empunya ,
Tapi bercampur risau dan tak tergamak,
Nanti di kata tak bersyukur, tak sedar diri,
Jadi aku menyendiri, memerhati, dan akhirnya mengakui,
Yang kita sendiri membiarkan Bunga Raya melayu ke kanan,
Dan dibiarkan bunga tak cantik mekar di kiri.

Aku lihat layu dalam melayu,
Tanahair kita yang punya,
Kita siram, kita baja,
Tapi angin api kita lupa,
Mereka merancang masa, menjinak bangsa,
13 harimau bertukar menjadi mangsa,
Kita lupa, nenek moyang kaya-raya,
Jangan sekali digadai harta-bendanya,

Ku lihat layu dalam melayu, …3x

Takkan melayu hilang di dunia,
YA! tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tak dirasa,

Petah berbahasa, kudrat tak berjasa,
Orang berbudi, kita hanya tahu merasa.

Selalu lari bila dirapat,
Selalu malu bila soalan diaju,
Selalu segan memberi pendapat,
Rela mengikut janji peneraju.

Belum menyanyi dah bersorak,
Suka berjanji dalam borak,
Bukan kau tadak otak,
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam melayu. …3x

Aku jadi sayu,
Bunga menangis dia mendayu,
Mahu jadi cantik, tetap diragu,
Aku merayu,
Bangunlah semula hidup kembali,
Jangan tunggu matahari mati,
cepatlah mekar sebelum terlerai,
Perjuangan kita belum selesai…… 3x

Perjuangan kita belum selesai,
kerana hanya yang cekal dan tabah,
dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya……. – puisi dari Tun Mahathir

Tajuk lagu : Layu
Lirik & Lagu : Malique
Album : OK

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.